Optimis Jajaran Hijau Bakal Terbentuk

Optimis Jajaran Hijau Bakal Terbentuk

Muhyiddin bagitau semalam jika PN berjaya kuasa Perlis dan Pahang, Menteri Besar adalah daripada PAS.

Tidak mudah sebenarnya bagi PAS-PN untuk menawan Perlis.

Namun, setelah Shahidan Kassim bersama Perikatan Nasional, peluang tersebut terbuka luas.

Kemasukkan Shahidan Kassim ke PN pastinya akan menarik sokongan ramai rakyat Perlis dan penyokong BN kepada PN. Insya Allah.

Pahang pula memang menjadi sasaran PN untuk ditawan dalam PRU kali ini.

Slogan “PN Terajui Pahang” merupakan satu keyakinan dan komitmen PAS-PN untuk menguasai Pahang.

Lebih menarik Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dicalonkan di DUN Cheka bagi melonjakkan lagi sokongan kepada PAS-PN sekaligus menukar pentadbiran kerajaan negeri.

Apatah lagi di DUN Cheka hanya dibezakan dengan majoriti yang rendah iaitu 202 undi sahaja diantara calon MCA (3,475) dan PAS (3,273) dalam PRU14 lalu.

Peluang PAS-PN ini lebih cerah apabila BN kini berada ditahap persepsi yang paling teruk dengan pelbagai kes mahkamah melibatkan pimpinan BN.

Ditambah pula dengan tindakan dan keputusan semasa BN yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat (PRU Banjir) dan penyokong (Calon BN) mereka sendiri.

Keadaan dan suasana yang ada ini, memberikan kelebihan kepada PAS-PN untuk meluaskan lagi wilayah pentadbiran mereka.

Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang melengkapkan Jajaran Hijau yang bakal memberikan landskap baru politik negara.

Kalau dapat Perak, lagi ngam bersusun dia.

Semoga tercapai impian ini.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Pilihanraya