Satu persatu perancangan dalam RAND Corp semakin terzahir.
Para pemainnya bukan sekadar orang Malaysia, tetapi figura antarabangsa, tokoh pemikir, sehinggalah Pak Syeikh Arab.
Masing-masing semakin selari atas lorong yang dibina oleh RAND Corp.
Apabila diceritakan kepada rakan-rakan, mereka membakulkan sekali dalam ‘Teori Konspirasi’.
Hakikatnya ia bukan lagi teori, ia sudah menjadi realiti.
Masing-masing bertindak, memilih, dan bersentimen tanpa sedar rupa-rupanya ia telah dicaturkan begitu.
Dalam Kajian RAND Corp, ada menyentuh tentang ‘mengasingkan’ para pendakwah daripada berfungsi di masjid. Jangan lihat sekadar di’gam’, tetapi lihat juga kempen ke masjid semakin pudar berbanding promosi layan big screen.
Dalam kajian RAND Corp menyentuh tentang Muslim Moderate (Muslim Sederhana). Mereka labelkan orang Islam yang terlibat dengan politik itu sebagai radikal. Sehingga nama PASTI pun terheret sama.
Sejak dulu lagi, sudah ada yang tulis buku Islam Radikal. Menjenamakan istilah itu.
Kemudian mengaitkan radikal itu dengan gerakan Islam yang terlibat dalam politik.
Hari ini, timbulah gerakan kesufian yang tidak mahu berpolitik, semata-mata ingin dilihat tidak radikal.
Dalam kajian RAND Corp ada sebut tentang agenda melaga-lagakan antara fundamentalis dan tradisionalis.
Hari ini, ia sedang jelas berlegar dalam dunia Islam.
Menggunakan pelbagai slogan, dan bendera.
Menegakkan sentimen bermazhab.
Banyak lagi untuk dishare sebenarnya.
Cuma terfikir, tersediakah pemikiran umat ini untuk menerima hakikat realiti ini?
Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil