The ‘Unsangkarable’ Reformasi

The ‘Unsangkarable’ Reformasi

Aku salah seorang ahli PAS yang bersama dan mengikuti perjuangan Anwar Ibrahim sejak saat mata lebamnya dilebamkan.

Dan seperti kebanyakan ahli-ahli PAS pada tahun 1998 itu, kami amat bersimpati akan nasib Anwar Ibrahim apabila dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir.

Sejak itu, perjuangan Anwar disuarakan melalui laungan “REFORMASI”.

REFORMASI yang cuba dirintis oleh Anwar ialah pembaharuan dan pembentukan semula Malaysia sebagai sebuah negara yang adil, bebas dan bersih.

Selain bersimpati, ahli-ahli PAS juga berkongsi harapan agar Malaysia bebas daripada cengkaman Mahathir yang digelar sebagai ‘Mahafiraun’ ketika itu.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, zaman pemerintahan Dr Mahathir adalah merupakan zaman gelap politik negara.

Pembangkang tidak mendapat layanan yang adil.

Akta drakonian seperti ISA, dan OSA bermaharajalela.

Ceramah politik diganggu dengan kehadiran FRU manakala Ops Lalang menyaksikan ratusan ahli politik pembangkang ditangkap.

Media cetak dan media eletronik dimonopoli dan dieksploit semahu-mahunya oleh kerajaan UMNO/BN.

Bail-out dilakukan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni.

Napotisme dan kronisme menjadi-jadi tanpa segan-silu.

Mahathir bersama UMNO-nya yang menguasai 2/3 Parlimen berbuat apa sahaja tanpa rasa tergugat.

Apabila Anwar melaungkan “REFORMASI” dan tertubuhnya parti Keadilan Nasional pada tahun 4 April 1999, PAS dan ahli-ahlinya sama berhujan dan berpanas agar reformasi berjaya dilakukan dengan pembentukan kerajaan baharu.

Malangnya, kerajaan UMNO/BN pimpinan ‘Mahafiraun’ tidak juga mampu ditumbangkan.

Namun begitu, suara mahukan reformasi terus berkumandang dan berlarutan sehinggalah PRU15 baru-baru ini.

Sebelum PRU15, cita-cita reformasi semakin bernyala terutama dalam melawan ‘UMNO penyamun’ seperti yang dinyanyikan oleh Anwar dan penyokong-penyokong PKR.

Lebih-lebih lagi, kali ini bukan lagi Mahathir akan mengetuai kerajaan jika menang.

Sebaliknya, yang akan memimpin Putrajaya kali ini ialah bapak reformasi itu sendiri, Anwar Ibrahim.

Nah, akhirnya hajat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri terlaksana juga apabila dengan ‘tipudaya’ bersama anak muridnya berjaya menipu ahli-ahli UMNO untuk membentuk kerajaan campuran.

Walaupun hati aku pedih kerana PN tidak dipanggil oleh istana untuk menubuhkan kerajaan walaupun SD sudah cukup pada masa itu, namun aku menaruh kepercayaan bahawa sekali ini bos REFORMASI sendiri akan membawa agenda ‘demi rakyat’ dalam pemerintahannya.

Aku rasa Anwar akan membawa dimensi baru iaitu agenda REFORMASI dalam pentadbirannya seperti yang diperjuangkan sejak 20 tahun lalu.

Ya, sejak 20 tahun dulu kezaliman politik ditentang, maka Anwar akan membuka lembaran keadilan politik yang baru; setidak-tidaknya menelusuri pendekatan politik yang diambil oleh PM8 Muhyiddin Yassin dan PM9 Ismail Sabri.

Media cetak, media eletronik dan media baharu pastinya berwajah baru dan lebih bebas.

Penyelewengan, rasuah dan kleptokrasi pasti ditentang habis-habisan.

Penyamun dan perompak yang gah bergelewak di dalam UMNO akan dikaut habis ke muka pengadilan.

Itulah perjuangan REFORMASI yang patut diterjemahkan setelah bos REFORMASI sendiri mengepalai kerajaan.

Malang, teramat malang.

Sangkaan aku amat jauh meleset.

Apa yang berlaku mutakhir ini amat ‘unsangkarable’.

Amat tak masuk akal ditubuhkan JPP dan JPKKP di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PHBN.

Amat tak masuk akal bantuan banjir ke Kelantan dan Terengganu tidak lagi diberikan oleh kerajaan Pusat kepada mangsa-mangsa melalui kerajaan-kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam amalan demokrasi.

Amat tidak masuk akal apabila kedengaran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bagai dianaktirikan.

Amat tak masuk akal suara anak muda dan tik tok disekat-sekat.

Amat tidak masuk akal, tiba-tiba ahli kluster mahkamah yang didakwa menyamun harta rakyat mula terlepas dan bernafas.

Amat tidak masuk akal ada pendakwah disekat daripada menyampaikan kuliah-kuliah di masjid.

Dan ada pula pengerusi jawatankuasa masjid pilihan kariah digugurkan atas alasan tidak beretika.

Tak masuk akal semua ini berlaku di zaman BAPAK REFORMASI yang sudah ada kuasa dalam genggaman.

Apakah ‘the unsangkarable’ reformasi ini akan terus menimbun-tambah aksi luar jangkaan?

Inilah natijahnya apabila penipu dan penyamun berpakat dan berkongsi kuasa.

Rupa-rupaya 20 tahun rakyat dikencing atas nama REFORMASI.

Selepas 20 tahun baru kutahu rupa-rupanya reformasi Anwar hanyalah REFORMASI TALI LEHER.

Anak muridnya yang sebelum ini kelihatan segak bertali leher pun kini berpenampilan selekeh setelah berlakunya reformasi tali leher.

20 tahun rakyat diajak berjuang dan menumbangkan kerajaan UMNO/BN hanya untuk reformasi tali leher ini.

BayangDiAir

Kolumnis