Ada orang tunjuk pasal penentangan Gerakan terhadap hudud.
Dengan sinis mereka cuba menguji PAS.
Mungkin budak baru lepas lampin, baru belajar nak kencing sendiri selepas tengok pimpinan mereka asyik mengencing di sana sini, mereka teruja mahu mengikut.
Bab Gerakan benci, atau tidak mahu hudud, adalah kisah lama sebagaimana dahulu DAP yang tidak boleh menerima hudud dengan terbuka.
Sanggup menentang PAS, keluar dari BA dan juga mencabar untuk melangkah mayat mereka dahulu jika PAS benar-benar mahukan hudud.
Mudah sahaja, PAS tidak pernah takut akan ugutan samada musuh ataupun kawan sendiri.
Ia konsisten keluar dari mulut pimpinan PAS samada yang ada sekarang, mahupun yang telah pergi dahulu.
PAS dengan dasar untuk membina negara Islam. Titik.
Apabila berlaku tahaluf siasi, semua parti akan faham dasar PAS.
Kalau mereka tidak mahu menerima, mereka keluar.
Kalau boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, mereka kekal. Semudah itu.
Yang berlaku ialah, DAP atau Gerakan, memahami kehendak dasar PAS.
Oleh itu, mereka menyatakan kesanggupan untuk bersama PAS.
Manakala PAS tidak pernah menyatakan kesanggupan DAP atau Gerakan untuk berbuat sesuatu yang melanggar hukum Allah.
Jika mereka berkuasa, PAS tidak boleh berbuat apa-apa.
Dan jika PAS berkuasa, terserah kepada mereka jika mahu tinggalkan PAS kerana melaksanakan Islam.
Tidak pernah lagi dalam tahaluf bersama DAP dan Gerakan, pimpinan PAS terpaksa menghafal ayat-ayat dari kitab Buddha atau Kristian kerana mahu mengambil hati pengundi bukan Islam.
Atau Muslimat PAS terpaksa membuka tudung apabila berkempen bersama bukan Islam.
Yang ada, mereka belajar menyebut ayat-ayat al-Quran dan wanita mereka belajar memakai tudung kerana hormatkan pengundi PAS.
Tiada kepelikan jika DAP atau Gerakan menolak hudud sebab ia bukan asas agama mereka.
Yang menjadi kehairanan, kenapa yang mengaku Islam pula bersilat, berpencak, terkejut beruk apabila disebut hudud?
Bagaikan mereka diajak menjadi kafir?
Teringat di Dun Terengganu dahulu, apabila diusulkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Dun, pembangkang diam tidak melawan.
Mahu sebut dalil EKJS itu salahpun, tidak ada.
Walhal waktu di luar Dun, setiap masa mereka gelarkan ‘Hudud PAS’.
Almarhum TGNA tanya, baiklah kalau ini Hudud PAS, mana Hudud Umno?
Haram, sampai sekarang tak ada.
Hudud PKR? Masa itu dia sokong PAS, ceramah sampai nak keluar anak tekak hudud itu adil.
Lebih-lebih lagi kalau sebut pasal qazaf, hafal dia buku Presiden PAS tulis.
Sekarang qazaf masih dipakai lagi, cuma hudud lain, dia orang tak mahu, sebab kena jadi liberal dalam masyarakat majmuk kata mereka.
Jadi parti mana lebih teruk dalam bab menolak hudud?
Gerakan, DAP, MCA atau yang mengaku Islam?
Nota:
1-Setiap kali PRU, isu hudud, kafir mengkafir, mesti akan hadir, sebagai pelengkap kempen mereka.
2-Jangan lupa malam ini dan esok, Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Drawbridge yang Umno bina guna duit rakyat. Pimpinan Parti Gerakan pun ada sama.
Mohd Nasir Abdullah
