Melihat kepada perkembangan semasa bagaimana PMX boleh meluluskan banyak projek yang mampu beri kebaikan kepada rakyat ketika pertemuan dengan kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah kerana PMX mendengar secara terus daripada request dan wishlist daripada kerajaan negeri.
Tidak melalui orang tengah atau pegawai perantara, lebih-lebih lagi watak-watak toksik yang mahu meneruskan kekeruhan PMX dengan kerajaan negeri-negeri SG4.
Apabila PMX mendengar sendiri taklimat dan keperluan negeri yang dibentangkan oleh pihak MB, Exco dan pegawai kanan negeri – PMX mendapat gambaran penuh apa yang negeri perlukan.
On the spot, PMX mahu projek-projek yang boleh disegerakan – segera dilaksanakan.
Projek-projek yang dimaksudkan adalah projek-projek kerajaan negeri yang memerlukan kelulusan pusat.
PMX tidak perlu mendapatkan ‘khidmat nasihat’ daripada watak-watak toksik kerana semua projek yang ditaklimatkan itu sebenarnya sudahpun melalui proses kajian, perancangan dan pelbagai kerja profesional daripada para pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Watak-watak toksik ini pernah dilabel oleh MB Kedah sebagai little Napoleon – yang sering membawa maklumat salah, atau maklumat tidak lengkap, atau kerja buat yang mengeruhkan hubungan antara negeri dan pusat.
Mereka ini lebih selesa jika PMX terus mengabaikan Kedah daripada bersikap profesional dalam hubungan G2G.
Secara umumnya, PMX mempunyai watak yang hebat dan mendonia, tetapi dikelilingi sebilangan orang-orang toksik yang memberi nasihat yang salah kepada PMX.
Soal perpaduan misalnya – hantu-hantu toksik sekeliling PMX telah dan sedang membina naratif bahawa berlaku polarisasi kaum apabila majoriti Melayu menyokong PN, tetapi apabila majoriti Cina menyokong PH tidak dianggap polarisasi.
PMX sedang dikaburi agenda tersebut.
Isu di KKB khususnya, PN letak calon Melayu mereka cuba naratifkan sebagai rasis, manakala PH meletakkan calon Cina – dinaratifkan sebagai perpaduan.
Mungkin PMX sedar hal ini, maka beliau redah juga untuk bertemu dengan kerajaan-kerajaan negeri SG4.
Ataupun beliau baru terbuka mata – daripada biar Mahathir yang tak ada kuasa berbaik-baik dengan SG4, lebih baik aku yang berbaik dengan SG4.
Ada kuasa, lebih mudah untuk grab SG4 daripada Mahathir.
Mungkin juga begitu.
Atau kebarangkalian lain, PMX sudah sedar permainan orang sekelilingnya yang toksik – lalu beliau nekad biar aku buat sendiri kerja bertemu dengan SG4.
6) Kumpulan SG4 pula sememangnya menanti PMX datang bertemu mereka atau menjemput mereka ke Putrajaya untuk bertemu mata antara kerajaan dengan kerajaan, atas semangat federalisme dan mengikut perlembagaan.
Setahun lebih hubungan G2G agak keruh kerana permainan little Napoleon toksik yang bermain politik dalam pentadbiran kerajaan.
Akibatnya kewajipan-kewajipan pusat terhadap negeri, banyak yang terganggu dan terabai.
Lihatlah Abam Saif semalam baru kali pertama buat meeting dengan MB Nusi setelah setahun lebih diamanahkan.
Perpaduan negeri-pusat terganggu, perpaduan kaum juga tergugat dek watak-watak toksik yang terus menerus mahu bermain politik.
Begitu jugalah hal ekonomi sampai Agong bimbang pasal hutang negara meningkat.
Jika negeri dan pusat bekerjasama – pendapatan negara pasti boleh disumbangkan oleh negeri-negeri SG4 juga, daripada hanya disumbang oleh Selangor, Pulai Pinang dan Johor sahaja.
Semua negeri ada potensi besar dalam pelbagai sektor, tetapi hanya beberapa negeri tertentu sahaja diutamakan kerana perbezaan politik – menyebabkan pendapatan negara tidak maksimum walaupun sumber kita banyak.
Segala kekeruhan antara PMX dengan MB-MB SG4 perlu kepada pertemuan mata dan duduk semeja untuk mencari penyelesaian – tanpa perlu kepada perantaraan watak-watak toksik.
Seperti kata MB Kedah, jika semua projek kerajaan negeri rancang diluluskan, insya Allah rakyat Kedah akan menyukai PMX.
Nak berkawan hangpa mai, nak lawan hangpa tunggu.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
