Sepatutnya kita lebih membudayakan berpakaian sopan, bukan sebaliknya melonggarkan?
Ketika kita semua merasa bersyukur apabila ada syarikat penerbangan murah, memberikan pilihan kepada pramugarinya untuk berpakaian menutup aurat, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita kerajaan mahu kaji semula pekeliling berpakaian sopan ketika berurusan dengan pejabat kerajaan atau sector awam.
Hanya kerana gara-gara ada sebuah balai polis di Melaka yang tidak mahu menerima repot daripada ultra kiasu yang berpakaian hot dan seksi, seperti pelacur.
Apa yang dilakukan oleh polis itu sangatlah betul.
Malangnya, polis juga yang disalahkan.
Apabila isu tersebut menjadi tular, kini, pemimpin madani pun gelabah, takut hilang undi, sanggup mengarahkan agar pekeliling berpakaian sopan berurusan dengan pejabat kerajaan atau sector awam kritikal dibawa untuk dimansuhkan.
Dalam kata lain, berpakaian hot dan seksi dalam sector kritikal seperti buat repot polis dan berubat di hospital, dibolehkan.
Peraturan mangkuk hayun apa ini?
Ada tempat boleh buka, ada tempat tak boleh buka.
Negara kafir pun tak buat peraturan seperti ini.
Tiba-tiba kita sebagai sebuah negara Islam kononnya, mahu mengadakan peraturan sebegini.
Madani apa namanya ini?
Berpakaian hot dan seksi, seperti pelacur, ketika berada atau berurusan dengan pejabat kerajaan bukan perkara baharu, tetapi sudah lama.
Cuma, kita tidak mahu kuatkuasakan sahaja.
Ikutkan peraturan, sudah lama puak-puak ini dihalaukan sahaja, tetapi ada yang memejamkan mata, kerana tidak mahu mencari masalah.
Kalau tidak percaya, pergilah ke hospital, termasuk wad hospital, pelawat yang datang, pakai ikut suka dia sahaja, berpakaian macam pelacur.
Tidak ada, yang berani menegurkan.
Hospital dah jadi macam hotel.
Cuma, tidak melacur sahaja.
Namun, bila ada pihak yang cuba kuatkuasakan, contoh dalam isu terbaharu ini, ada balai polis di Melaka, tidak mahu menerima repot, maka ultra kiasu sengaja tularkan, agar nasib menyebelahi mereka.
Perkara ini telah berlaku beberapa kali di balai polis lain.
Bila isu tular, akhirnya, polis yang salah, ultra kiasu yang berpakaian seperti pelacur yang betul, walaupun hakikatnya, merekalah yang jelas bersalah.
Tahniah saya ucapkan kepada polis yang bertindak sedemikian.
Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran, meskipun juru cakap kerajaan yang bangang tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
Kita ingatkan apabila madani menjadi tagline kepada kerajaan hari ini, benar-benar mereka beriktizam untuk memadanikan negara ini supaya akan lahir suatu tamadun yang utuh, malangnya, madani itu sekadar untuk kaburi mata.
Jurucakap kerajaan ultra kiasu berkata pelaksanaan pekeliling itu dinilai semula ketika mesyuarat kabinet hari ini, selepas seorang wanita dilarang masuk ke balai polis kerana pemakaiannya.
Beliau telah arahkan ketua setiausaha negara untuk menilai kembali pekeliling berpakaian sopan tersebut.
Huhhh, selepas ini, kalau mahu melihat pelacur, datanglah ke hospital dan balai polis.
Saya cukup hairan, bagaimana kita boleh tunduk kepada desakan seperti ini. Desperate sangat.
Budaya bangsa atau agama apa yang membenarkan berpakaian seperti pelacur ini.
Setahu saya, sebagai seorang Cina, tidak ada dalam budaya Cina, membenarkan berpakaian seperti pelacur.
Tengoklah kepada pakaian tradisi Cina. Begitu juga dengan India.
Pakaian Islam, usahlah ditanya. Menutup aurut itu adalah wajib.
Tahniah! Kepada syarikat swasta penerbangan murah yang berani membuat perubahan.
Malangnya, syarikat penerbangan berkaitan kerajaan, masih tidak berani melakukannya.
Kepada pihak polis yang menolak repot tersebut, Saya tabik kamu.
Lakukanlah lagi, Allah pasti memberikan ganjaran, meskipun di mata madani, kamu salah.
Saya cukup yakin, ultra kiasu yang berpakaian seperti pelacur itu, tahu apa yang dilakukan.
Sengaja ditularkan untuk dapat perhatian.
Sejak bila berpakaian hot, seksi, sehingga menampak buah dadah, pan*** dan puk* dibenarkan oleh budaya bangsa dan agama mereka?
Ternyata, ia langsung bertentangan sama sekali dengan budaya orang Timur, budaya agama mereka sendiri?
Persoalannya, kenapa mereka lakukan juga?
Jangan tanya saya, tanyalah madani
Ridhuan Tee Abdullah
