Almarhum TGNA pernah berkata suatu masa dahulu kalau undi PAS, dapat pahala.
Penjelasannya sangat mudah dan nyata, sokong orang buat pahala, akan dapat pahala, vice versa.
Kemudian apabila PAS menang, dibuktikan dengan di semua negeri PAS yang ada paling minimum kerusi atau majoriti mudah, premis judi diharamkan, riba dihapuskan, arak dikawal penjualannya, sebagai langkah besar bagi mengurangkan sumber-sumber dosa.
Ramai yang kemudiannya semakin faham dan membenarkan kenyataan almarhum TGNA yang perkiraan dosa pahala ini, ada dalam semua perbuatan orang Islam. Semua akan dihisab.
PAS terus berjaya menyakini rakyat dari semasa ke semasa bahawa mereka melaksanakan apa yang mereka janjikan dengan kuasa yang ada.
Namun begitu, ada juga perkara yang memerlukan punca kuasa yang lebih besar bagi merealisasikan perancangan itu.
Khususnya melibatkan pindaan Perlembagaan negara.
Akhirnya, penguasaan PAS semakin melebar kerana keyakinan rakyat terhadap integriti pemimpin PAS di semua peringkat.
Tiada pilih kasih, tiada salah laku, semua diberikan peruntukan sama di negeri-negeri PAS memerintah.
PAS merangkak perlahan-lahan selama puluhan tahun, membina kepercayaan rakyat.
Oleh kerana melihat kemaraan PAS yang semakin gagah di persada politik tanah air, Umno mereka fitnah dengan mengatakan ungkapan ‘undi PAS masuk syurga’.
PKR marahkan Umno pada waktu itu kerana PKR bergantung sepenuhnya kepada kekuatan PAS.
Sekarang PKR dan Umno menggunakan fitnah yang sama: undi PAS masuk syurga, kerana takut PAS akan semakin kuat jika tidak disekat.
Ia tidak jauh berbeza dengan cerita tentang bagaimana permulaan Amanat Haji Hadi.
Ia diangkat oleh seseorang yang tidak dikenali, lalu disebarkan ke seluruh negara bagi memberikan gambaran ketaksuban.
Strategi untuk mengangkat isu ini menjadi semakin memudar.
Ternyata benar undi PAS dapat pahala kerana mereka yang mengundi PH-BN, sekarang sedang mengira dosa-dosa yang dilakukan pemimpin mereka.
Jika ke tandas bagi membuang air yang najis itu pun Islam ada kiraan dosa pahalanya, apatah lagi memilih pimpinan negara.
Hanya mereka lupa bahwa fitnah tidak akan kekal.
Mereka akan tersungkur.
Pastinya, Festival Muzik Air KL di Bukit Bintang menjadi titik kesal pengundi Islam PH.
Mustahil mereka merasa gembira jika mendapati anak-anak perempuan mereka dipeluk dalam pesta itu, misalnya.
Mereka semestinya tidak ingin anak mereka terlibat.
Lucunya sekarang, Presiden dan Pemuda Umno pula yang bersungguh-sungguh menentang Menteri Pelancongan dari PH, gabungan mereka sendiri.
Mungkin mereka baharu tersedar ada dosa pahala dalam politik ini.
PAS dah bagitahu lama dah….
Mohd Nasir Abdullah
