Begitulah naratif suatu posting dari bilik perang Parlimen UMNO Kemaman.
UMNO/BN cuba mencari ‘advantage’ dan ‘political mileage’ dari hospital baru yang masih dalam proses pembinaan di Kijal.
Kononnya, itu adalah jasa Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Shabery Chik dan mantan MB Terengganu, Mat Said.
Bergerak dari premis politik matang dan sejahtera, penulis tidak bercadang untuk menafikan usaha tersebut untuk rakyat daerah Kemaman.
Tetapi nampaknya jasa mulia tersebut cuba dieksploit konon kalau tidak kerana UMNO, mustahil hospital ini akan bercokoh di situ.
Sebenarnya, sejak awal tahun 2000 lagi Kemaman memerlukan sebuah hospital baru kerana hospital yang sedia ada tidak mampu menambah pertambahan penduduk di Kemaman impak dari industri minyak dan gas.
Selain itu, hospital sedia ada juga tiada kepakaran dalam bidang rawatan kesan kebakaran.
Atas dua faktor utama yang mendesak, hendak tak hendak kerajaan Pusat perlu memenuhi keperluan hospital baru di Kemaman.
Itulah perkiraanya.
Bukan kerana Ahmad Shabery Chik atau Mat Said.
Jasa mereka hanya sebagai pemimpin kerajaan yang wajib memainkan peranan kepada rakyat.
Kalau PAS masih memerintah selepas tahun 2004 pun, Ahli Parlimen atau MB kerajaan PAS akan mengusahakan projek hospital baru tersebut.
Ini dibuktikan apabila Kemaman memerlukan pasar dan stesen bas bersepadu yang baru.
Baru sepenggal PAS memerintah, Ahli Parlimen Ustaz Che Alias Hamid dan Exco Terengganu merangkap ADUN Chukai, Tuan Haji Hanafiah Mat telah berjaya menggerakkan projek keperluan rakyat Kemaman itu.
Malah harus diingat bahawa Pusat Perubatan KMI Chukai (KMIC) iaitu sebuah hospital pakar akan dibina di Kampung Jaya, Kemaman setelah MoU antara KMI Healthcare dengan MPK dibuat.
Tak perlu memerintah sehingga 60 tahun macam UMNO baru nak bergerak.
PAS perintah 5 tahun boleh agih beribu-ribu geran tanah kepada rakyat.
UMNO lepas janji; janji.
Bila nak PRU janji lagi.
Begitulah kerja UMNO sejak tahun 70-an.
Ingatkan PH sahaja yang pandai kencing rakyat.
UMNO tak sedar mereka sudah lama kencing rakyat sebelum wujud media maya lagi.
Tanyalah orang-orang tua UMNO yang mula mendapat geran kekal sejak PAS mentadbir negeri.
Dapatkah fakta ini disembunyi?
Jadi tidak kenalah kalau UMNO/BN hendak mengambil saham politik kerana hospital baru di Kijal itu.
Patutnya UMNO/BN cermin muka terhadap nasib Pusat Rawatan Jantung di Strawberry Park juga di Kijal; tak jauh dari banglo mewah ketua perang UMNO.
Rakyat Kemaman pergilah ziarah sambil menikmati keindahan pantai dan hutan belukarnya yang menarik.
Kenapa tak tanya Mat Said apa yang terjadi dan berapa juta duit rakyat yang hangus begitu saja?
Berhenti di sini dulu deh.
Kita sambung siri kedua untuk melihat banyak lagi ‘jasa-jasa’ pemimpin UMNO yang rakyat pernah pilih.
Dan penulis akan ceritakan juga dalam siri berikut; apa lebai-lebai PAS buat.
Dengan matang dan sejahtera, bolehlah rakyat Kemaman membuat perbandingan dan seterusnya membuat pilihan yang tepat.
