Bumi Allah Adalah Suci

Bumi Allah Adalah Suci

“Sujudlah dinama-mana di atas bumi Allah ini kerana bumi Allah ini adalah suci.”

Ini adalah kata-kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada saya hampir 30 tahun yang lalu.

Pada masa itu kami pergi mencandat sotong dan singgah di Pulau Kapas untuk solat subuh.

Selepas berwudhud kami menghamparkan kain pelikat yang bersih untuk imam.

Tuan Guru datang dan solat ditepi kain yang kami hamparkan.

Selesai solat saya melihat penuh pasir pantai di muka Tok Guru, lalu saya menghampiri beliau dan tanya kenapa tak solat di atas kain yang dihamparkan.

Bagi para pemuda Unit Amal yang solat beralaskan batu, percayalah bahawa batu tersebut akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat nanti.

Apa yang kita tak mahu ialah apabila kita ajak solat ada yang menjawab, “tak apelah, nanti balik saya qada. Saya tak bawak sejadah.”

Fikirlah sendiri.

Amrun

Kolumnis