Kenapa Presiden PAS Atau Orang Melayu Hantar Anak Mereka Belajar Di SJKC

Kenapa Presiden PAS Atau Orang Melayu Hantar Anak Mereka Belajar Di SJKC

Biar Cina Muslim atau mualaf ini jawab, tidak perlu tunggu orang Melayu yang hantar anak mereka ke SJKC jawab

Kempen PRK KKB yang sudah masuk empat hari, semakin panas.

Serangan peribadi turut dilakukan.

Bermula dengan ijazah eksekutif calon PN, yang tidak sepatutnya dipertikaikan kesahihannya, sehinggalah membawa kepada penonjolan straight A keputusan UPSR dan SPM bagi calon PH di sekolah Cina.

Ada apa dengan straight A UPSR SJKC?

Subjek bahasa Melayu di SJKC standard adalah BM darjah 3-4 di sekolah kebangsaan.

Kini ultra kiasu PH mencabar pemuda PAS, supaya bertanya kepada Presiden PAS, kenapa menghantar cucunya ke SJKC?

Begitu juga ada pemimpin PAS yang lain.

Usahlah tanya mereka, menyusahkan sahaja, biar saya jawab sebab saya sendiri pun menghantar anak saya ke SJKC untuk belajar.

Rakan saya pun ada yang menghantar anak mereka ke SJKC.

Bukan kerana SJKC itu bagus sangat, tetapi soal tuntutan Islam menyeru kepada mempelajari pelbagai bahasa agar tidak mudah ditipu dan diperdaya.

Kenapa orang Melayu atau orang Islam hantar anak mereka belajar di SJKC?

Saya turunkan 10 sebab.

Selepas ini boleh jemputlah saya untuk menerangkan kepada penduduk KKB bersama Jiao Zong dan Dong Zong, bagi menjelaskan kenapa Melayu menghantar anak mereka ke SJKC.

Pertama, sebagai seorang Islam yang ada kesedaran dakwah, bahasa sebagai alat komunikasi dalam dakwah.

Oleh kerana budaya politik kita bersifat perkauman, ditambah sosialisasi politik perkauman, sehingga orang Cina tidak boleh berbahasa Melayu.

Mahu tidak mahu, wujud kesedaran segelintir umat Islam (termasuk PAS) merasakan bahawa, menghantar anak mereka ke SJKC mempelajari bahasa asing (Cina) adalah satu keperluan, bagi tujuan menguasai bahasa Cina sebagai alat dakwah.

Untuk menyebarkan Islam kepada orang Cina suatu hari nanti.

Dalam kata lain, untuk menyunatkan mereka suatu hari nanti.

Menguasai bahasa Cina mendatangkan pahala bagi tujuan dakwah.

Kedua, mempelajari bahasa asing demi sebuah maslahah (mengelakkan dan juga menghindari dari tipudaya musuh-musuh Islam, maka ia adalah dibolehkan.

Ini berdasarkan kepada sebuah athar Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu:

Maksudnya: Zaid bin Tsabit berkata, “Rasulullah S.A.W memerintahkan aku untuk mempelajari tulisan orang-orang Yahudi. Lalu aku mempelajari penulisan orang-orang Yahudi untuk beliau.” Zaid berkata, “Demi Allah, sungguh aku tidak merasa aman kepada orang-orang Yahudi terhadap tulisanku. Lalu aku mempelajarinya, dan hanya berlalu setengah bulan aku telah menguasainya. Lalu aku menuliskan untuknya apabila Beliau (ingin) menulis dan aku membacakan untuknya jika beliau mendapat surat.”

Riwayat Abu Daud (3645)

Dalam athar yang lain pula, Zaid bin Thabit R.A berkata:

Maksudnya: Rasulullah S.A.W memerintahkanku untuk mempelajari bahasa Suryani.

Riwayat al-Tirmizi (2715)

Melalui athar-athar ini, jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak pula melarang perbuatan sahabat Baginda, malah Nabi sendiri yang menyuruh Zaid bin Thabit untuk mempelajari bahasa asing tersebut.

Jelas firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Surah al-Najm (3-4)

Maka, sekiranya wujudnya larangan terhadap perbuatan itu, semestinya Nabi akan menyampaikan dan menegur sahabatnya.

Namun, perbuatan mempelajari bahasa selain ibunda ini mestilah diiringi dengan niat yang baik dan juga kerana ingin maslahah (kebaikan) di sebaliknya.

Ketiga, Mempelajari bahasa asing kerana menjadikan ia sebagai wasilah ataupun cara dalam berdakwah kepada umat manusia.

Maka, hal ini diperbolehkan.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

Surah Ibrahim (4)

Melalui firman Allah S.W.T ini, dapatlah kita fahami bahawa para Rasul diutuskan kepada kaum mereka dengan bahasa kaum itu untuk memahamkan mereka apa yang diutuskan oleh Allah S.W.T iaitu perintahnya dan larangannya dan juga untuk menguatkan serta menetapkan hujah Allah ke atas mereka.

Maka, perkaitannya di sini ialah, dengan tujuan untuk menyampaikan dakwah kepada bangsa asing, justeru itu mempelajari bahasa asing adalah perlu bagi menerangkan kepada mereka akan syariat Islam melalui ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Keempat, orang Melayu menghantar anak mereka ke SJKC, kerana kedudukan bahasa Melayu anak mereka sudah kukuh dan fasih.

Menguasai bahasa lain adalah suatu kredit atau tuntutan dalam Islam.

Islam menggalakkan umatnya belajar bahasa asing agar tidak mudah ditipu, selain alat dakwah.

Maklumlah sahajalah ultra kiasu hari ini menguasai ekonomi, boleh dikatakan semua notis dan iklan mereka dalam bahasa Cina, mengenepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Mereka menggunakan bahasa Cina, sebagai bahasa utama.

Dengan adanya orang Melayu menguasai bahasa Cina, lebih memudahkan Melayu menghampiri orang Cina.

Kelima, untuk mengetahui rahsia orang Cina, sudah tentu kena tahu bahasa Cina.

Sudah menjadi lumrah, apabila seseorang itu, bukan Cina menguasai bahasa Cina, mereka lebih mudah menghampiri orang Cina dan membolehkan dia dapat mengetahui banyak rahsia orang Cina.

Keenam, ultra kiasu menggunakan hujah, apakah cucu Presiden PAS akan menjadi kurang semangat patriotismenya apabila belajar di SJKC. Jawapannya, tidak.

Anak Melayu di SJKC berbeza dengan anak Cina di SJKC.

Anak Melayu di SJKC semakin kuat patriotism berbanding dengan anak Cina di SJKC yang semakin kuat perkaumannya.

Ultra kiasu kena tahu membezakannya.

Anak Melayu di SJKC akan menjadi semakin terbuka dan kuat semangat patriostism dalam misi menyunatkan anak Cina.

Manakala anak Cina di SJKC semakin perkauman, tidak boleh berbahasa Melayu, persepsi mereka terhadap Melayu, semakin negatif.

Cuba baca buku yang di tulis oleh Ye Lin Sheng, Chinese Dilemma.

Ketujuh, mengeratkan lagi perpaduan adalah tuntutan agama.

Orang Melayu (Islam) cukup memahami orang bukan-Melayu.

Lebih-lebih lagi belajar di SJKC.

Sebab itu, SJKC boleh hidup atau ‘survive’ di kawasan kampung majoriti Melayu.

Orang Melayu bila berjumpa orang Cina, terus bercakap dalam lengkok bahasa Cina.

Contoh, ‘ini balang, berapa halaga’?

Berbanding orang Cina bercakap dengan orang Melayu, langsung tidak hilang Cinanya, maka keluar kata-kata, lu tatak piligi sana kah? Lu apa maciam? Haiya, itu loli sula mali oooo.

Ini kerana, orang Melayu sudah cukup memahami bukan-Melayu.

Sebab itu, orang bukan-Melayu boleh membina kekayaan tinggal di kawasan majoriti Melayu Islam.

Kelapan, mudah dapat A dalam Bahasa Melayu di SJKC berbanding dengan Sekolah kebangsaan, kerana bahasa Melayu di SJKC adalah bahasa tahap rendah berbanding BM SJKC.

Lagi pun ada beza pelajar Melayu dapat A dengan pelajar Cina dapat A.

Jika dapat A+ saya tidak hairan.

Kebolehan mereka menghafal hebat.

Cuba berkomunikasi dengan mereka.

Ramai pelajar Cina yang ditemuduga untuk mendapat biasiswa.

Keputusan mereka dalam BM memang A.

Tetapi apabila ditemuduga. Gagal. Sebab apa?

Komunikasi mereka dalam BM hancur.

Bila ramai orang Melayu boleh bertutur dalam bahasa Cina, sudah tentu mereka boleh mengajar dan menegur orang Cina.

Kesembilan, ambil anak Melayu di SJKC dengan anak Cina di SJKC.

Bandingkan kedua-duanya.

Mana yang lebih mudah bergaul atau menyesuaikan diri dengan bangsa yang berbeza dengannya.

Murid Melayu di SJKC jauh lebih mudah menyesuaikan diri dengan bukan Melayu daripada murid Cina SJKC untuk menyesuaikan diri dengan bukan Cina. Terlalu kekok.

Sebab itu, ada segelintir Melayu menghantar anaknya ke SJKC bagi tujuan murni tersebut.

Kesepuluh, tidak dinafikan murid Melayu yang ada kelebihan bahasa Cina, lebih mudah mendapat kerja di Syarikat Cina, terutama bank Cina, bagi tujuan menarik pelanggan Melayu.

Orang sebegini akan dipergunakan bagi tujuan memperkaya mereka lagi.

Melayu ini yang akan digunakan untuk mengeluarkan produk patuh syariah, bagi melakukan produk mereka.

Walaupun niat orang Cina yang mengambil Melayu yang boleh bertutur bahasa Cina, boleh dipertikaikan akan niatnya, kepada orang Melayu yang penting dapat kerja.

Sebenarnya, banyak lagi alasan yang boleh saya perturunkan, cukuplah sekadar ini dahulu.

Cuma, saya menjadi pelik yang sibuk menghentam calon Melayu PN, bukannya calon Cina DAP PH tersebut, tetapi balaci-balaci Melayu yang menghentam saudaranya sesama sendiri.

Sebenarnya calon DAP tidak perlu berbuat-buat apa, sesama Melayu sudah saling hentam menghentam sudah cukup untuk memenangkan calon DAP tersebut.

Inilah Nasib Melayu di bumi Melayu.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Kolumnis