PRK KKB: Bekas Pemimpin DAP Seru Pengundi India Jangan Undi PH

PRK KKB: Bekas Pemimpin DAP Seru Pengundi India Jangan Undi PH

Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), P Ramasamy menggesa pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.

Bekas pemimpin DAP itu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak memberikan janji kosong terhadap masyarakat India.

“Ada yang janji kosong antaranya pembinaan sekolah Tamil di Kuala Kubu Baharu tapi sampai sekarang tidak ada,” katanya.

“Jangan sampai ditipu PH. Pengundi boleh undi mana-mana dia boleh undi bebas, Parti Rakyat Malaysia atau Perikatan Nasional saya tidak kisah. Cuma saya minta jangan undi PH dan beri pengajaran yang baik kepada PH dan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Ramasamy turut mendakwa PH berbohong kerana mendakwa gabungan itu adalah pelbagai kaum tetapi masyarakat India dan Melayu hanya menjadi hiasan dalam PH.

Pilihanraya