Pada 2016, A Rahman Hashim, seorang bekas tentera dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000 selepas didapati bersalah menceroboh hutan simpan dekat Gunung Semanggol.
Pada Januari 2020 pula, Bol Cheat seorang warga Kemboja didenda RM45,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan mendiami Hutan Simpan Endau-Rompin secara haram.
Kontradiknya, di ambang ulangtahun kemerdekaan negara, penceroboh tanah kerajaan di Raub yang dipercayai kebanyakannya bangsa DAP, mendapat kemenangan pertama apabila berjaya mendapatkan Perintah Penggantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun yang diteroka secara haram oleh mereka.
Apa perasaan bangsaku?
Inikah keadilan untuk Melayu?
Tentera Melayu yang pernah berjasa pada negara dihukum denda dan penjara.
Tetapi pekebun Cina yang entah dari mana asal-usulnya tidak dikenakan hukuman yang sama.
Sedangkan tanah yang diceroboh ribuan ekar luasnya.
Kerajaan Pahang kerugian RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanahnya.
Bangsa DAP inilah yang menyaman kerajaan Pahang berkaitan penggunaan tulisan Jawi.
Kini bangsa yang sama mengangkat gambar Agong konon mengharapkan pembelaan dan keadilan.
Kain rentang “Selamatkan Pekebun Durian” dinaikkan di perkarangan Kompleks Mahkamah Indera Mahkota.
Bebal apakah menyokong penceroboh haram tanah kerajaan? Apakah kesudahannya nanti kerja haram mereka?
Adakah terdapat set undang-undang berbeza untuk setiap warga?
Memungkinkan mereka pula berjaya memiliki apa yang mereka kehendaki.
Kalaulah kerajaan bertoleransi, tunggulah nanti bangsa yang kaya-raya sanggup menyongsong arus demi matlamat yang yang sama.
Kerana berhartalah mereka berjaya menawan tanah tinggi Genting Highlands.
Duit boleh membeli segala-galanya termasuk pemimpin dan pembesar Melayu yang khianat.
Terkutuk dan terlaknat. Kenapa Melayu ini sangat suka berlembut dengan bangsa yang asal tempatnya asing?
Bukan maksudnya kita tidak patut berbuat baik apalagi menzalimi orang lain.
Quran mengajari kita adil dan saling mengenali antara satu sama lain.
Tapi cara pihak berkuasa dan pemimpin Melayu melayan mereka ini dalam sesetengah perkara nampak menepati kata orang tua-tua; anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusukan.
Tentu kita tidak lupa bagaimana surau dan kampung Melayu dirobohkan.
Sedangkan tempat-tempat sembahan serta patung-patung agama lain yang diletakkan di merata tempat di bawah pokok tidak berani diusik.
Tidak lupa juga gerai peniaga-peniaga kecil Melayu dimusnahkan dan peralatan dirampas kerana berniaga di kawasan larangan.
Sedangkan rumah-rumah urut boleh ‘survive’ puluhan tahun di depan mata pihak berkuasa.
Jadi, salahkah Melayu mengungkit keadilan; di bumi sendiri rasa terbuang.
Bayang Di Air