Bangsat Bangsa Kerana Menyusukan Kera Di Hutan – Bahagian 2

Bangsat Bangsa Kerana Menyusukan Kera Di Hutan – Bahagian 2

Ketika PRU14 dan sebelumnya, UMNO hampir sama bentuk dogmanya seperti PAN dan PKR.

Keterlaluan obsesnya dengan undi India dan Cina.

Berpecahlah sesama Melayu, asalkan jangan terlepas undi kafirun.

Tidak dinafikan PAS juga menghargai undi non-Muslim dan bersedia menjadi payung untuk semua bangsa.

Justeru PAS sentiasa membuka pintu dan melebarkan sayap Dewan Himpunan Penyokongnya (DHPP).

Namun dalam menyantuni non-Muslim, PAS kekal merdeka menyampaikan citra politik Islam-nya.

Dalam usaha mendaulatkan Islam, PAS tidak sesekali memijak agama-agama lain.

Jauh sekali bersikap ‘barbaric’ macam orang kesawanan meruntuhkan Masjid Babri.

Apabila non-Muslim meyakini kejujuran PAS, mereka tega mengibarkan panji bulan bersama-sama.

UMNO bermurah hati memberi kepada MCA atau MIC bertanding di kerusi majoriti Melayu.

Kerana berterusan begitu, hari ini MCA dan MIC mendakwa itu kerusi tradisi mereka.

Banyak kerusi Melayu 40%, Cina 35% , India 30% dan kaum lain 5%.

Kalau nak bertoleransi pun, kerusi dengan komposisi begini sajalah sepatutnya diizinkan MCA dan MIC membuktikan kekuatannya.

Tetapi atas alasan apa kerusi lebih 50% pengundi Melayu diberikan kepada pihak lain bertanding?

Bukankah ini menjual ketuanan bangsa namanya?

Sebagai contohnya, MCA diberi bertanding di DUN Cheka dalam Parlimen Lipis Pahang (Melayu 71.4%) dan DUN Titi Tinggi dalam Parlimen Padang Besar (Melayu 77.83%).

Maka menanglah MCA kedua-duanya.

Kalahlah PAS dikerjakan oleh manusia sebangsa dan seagamanya.

Fobia nombor wahid UMNO ialah untuk mendaulatkan hukum Allah.

Hendak menyokong RUU355 pun UMNO serba salah.

MCA dan MIC lebih penting bagi UMNO kononnya atas nama konsensus BN.

Kalau benarlah begitu, haram hukumnya berbaiah sebegitu.

Namun kini UMNO telah meletakkan Islam sebagai paksinya.

UMNO kena ingat bahawa pada Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember 2019, mereka sepakat meminda perlembagaannya dengan meletakkan Islam di depan sebagai teras perjuangannya.

PAS sudah semestinya sedia berganding bahu atas objektif yang sama.

Kenapalah Melayu dan pemimpinnya agak lembik dengan bangsa lain?

Dr Redhuan Tee pun nampak lebih ke depan membela Melayu walaupun tiada setitik darah Melayu mengalir di badannya?

Tidakkah kemelut berzaman ini menjadi punca Melayu ibarat ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan?

Apakah dengan perginya Mat Kilau, Tok Janggut dan Tok Bahaman maka bangsa kini dipimpin oleh para pondan?

Alhamdulillah perpaduan ummah menang besar di Slim.

Cina dan India pun nampaknya mula berjinak dengan MN/PN.

‘Survival’ mereka tergugat bersama PH.

Terimalah mereka sebagai rakan sewarga.

Tebarkan keadilan untuk semua.

Keharmonian kaum perlu dipulangkan ke tampuknya.

Namun, Melayu kena cerdik, jangan mudah tergoda.

Bukankah, bangsa ini diperingatkan.

Awaslah gunting dalam lipatan.

Membaranya api di dalam sekam. Cukuplah PAN menjadi barua setia.

Yang sedia bangun mencancang membela tuannya.

PAS, UMNO dan BERSATU jangan jadi begitu.

Adil bukan bermakna menjual maruah bangsa.

Sayang bukan bermakna boleh menconteng arang di muka.

Kembalilah menyusui anak sendiri.

Agar Islam dan Melayu gah kukuh pada pasak dan paksinya.

Bayang Di Air

Isu Semasa