Vaksin Covid-19 Dan Pengiktirafan Sistem Kesihatan Malaysia

Vaksin Covid-19 Dan Pengiktirafan Sistem Kesihatan Malaysia

HTML clipboard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengadakan satu sesi sidang media pada 4 September 2020.

Melalui sesi tersebut, pihak WHO menegaskan bahawa vaksin adalah berkesan dalam membendung penularan penyakit seperti cacar air (smallpox), polio dan sebagainya.

Namun begitu, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin.

Perkara ini tidak boleh diambil ringan dan justeru itu, bagi menjamin faktor-faktor tersebut, vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa.

Sehingga hari ini, masih tiada vaksin Covid-19 yang disahkan berkesan dan selamat oleh pihak WHO. Pihak WHO turut menjelaskan beberapa langkah pencegahan Covid-19 yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam menghalang jangkitan Covid-19, dan ianya selari dengan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh pihak KKM. Dalam sorotan berita WHO pada hari yang sama juga, Kerajaan Malaysia telah diiktiraf mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan mempunyai liputan yang sejagat (UHC).

Sistem kesihatan di negara Malaysia juga diiktiraf mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menangani wabak Covid-19 ini melalui pengalamannya yang lepas.

KKM menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuhkan sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

Kesepaduan membawa kejayaan.

Kesihatan