Sentiasa teruja untuk berbuat lebih baik.
Teruja untuk cari jalan menjadi pemenang dalam semua perkara yang baik.
Teruja untuk berinovasi.
Bersembang di kedai kopi tentang bagaimana mahu cekapkan lagi pengurusan jabatan atau perniagaan kita.
Atau bagaimana jadikan barang penghasilan atau perkhidmatan kita lebih baik kualitinya.
Atau lagi rendah kosnya supaya boleh dijual lebih murah tapi kualiti lebih baik.
Betapa banyak masa kita bazirkan mengata keburukan orang tapi tidak memperbaiki diri.
Saling jatuh menjatuhkan sedang negara lain seperti Vietnam boleh menyelesaikan permohonanan pelaburan baru dalam seminggu, dan teruja program spektrum 5G.
Anda tak tahu betapa mereka berusaha, menulis pelbagai perancangan, kertas kerja dan saling teruja memudahkan birokrasi antara jabatan dengan berkongsi hasrat yang sama mahu merealisasikan impian.
Mereka berjaya bukan percuma.
Mereka berusaha.
Bukan goyang kaki sahaja.
Bukan saling memancung usaha-usaha yang baik dengan pemikiran negatif yang sentiasa berkata “Tidak”.
Kita kena biasakan “Boleh” dan cari jalan atasi halangan.
YB Haji Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri
Sains Teknologi dan Inovasi
Ahli Parlimen Kuala Terengganu