Pemuda PAS DUN Pengkalan Berangan mengzahirkan ucapan terima Kasih kepada YB Ustaz Sulaiman Sulong kerana sudi hadir merasmikan majlis Penutupan Program Sehari Anak Muda Sejahtera (SAMS) Tawan Puncak SS Bukit Temiang sempena Hari Malaysia yang ke-57 semalam.
Terima kasih semua orang muda kerana memberikan sokongan menyertai program ini.
Insyaallah selepas ini, kita pemuda DUN Pengkalan Berangan akan turun ke tempat anda untuk program-program yang berikutnya.
Terima kasih juga bagi yang turut hadir di program ini, Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berangan Mohd Rosbi Yusof, SU MTD Pengkalan Berangan Badaruddin Ismail, dan Timbalan Ketua Penyelaras Pemuda DUN Pengkalan Berangan Haji Mohd Fazrull Ismail.