Tindakan Undang-Undang (Kelemahan Sistem Kerajaan Adalah Pegawainya)

Tindakan Undang-Undang (Kelemahan Sistem Kerajaan Adalah Pegawainya)

Saya sudah bagi pencerahan sedikit bagaimana orang kaya raya menggunakan anak syarikat (subsidiary company) untuk mengelak tindakan undang-undang kerajaan.

Sebenarnya taktik ini bukannya rahsia.

Ramai pemaju akan menggunakan sistem anak syarikat ini juga untuk mengelak dari isu bankrap bagi projek yang gagal dilaksanakan.

Memang kalau anda celik dalam selok belok dunia bisnes, anda akan kenal ramai loyar yang hebat yang boleh menolong anda setup sebegini.

Jadi soalan yang saya nak tanya dan jawab kali ini ialah:

Adakah sistem kerajaan begitu lemah sehingga pemaju/pemilik tanah boleh menggunakan sistem anak syarikat sebagai ‘loophole’ untuk mengelakkan tindakan undang-undang?

Dalam kes Bukit Relau, aktivis Yan Lee dari Penang Citizen Awareness Chant Group (CHANT) menyatakan mereka yang buat salah patut dipenjarakan kerana syarikat memiliki tanah itu bukannya buat kesalahan sebegini pertama kali dan telah diberikan denda RM50,000 dahulu. (1)

Takkan undang-undang kita ni begitu lemah kan?

RM50,000 denda sahaja?

Memang kepahitan yang tak dirasai bagi mereka yang akan buat projek dengan nilai beratus juta pun.

Tapi kerajaan memang boleh merampas balik tanah sekiranya pemilik tanah itu menyalah gunakan tanah itu.

Misalnya, pada tahun 2016 di mana bekalan air negeri Selangor terputus akibat pencemaran, MB Selangor masa tu ada bagi kenyataan bahawa kerajaan akan rampas balik tanah kilang-kilang yang mengotorkan sungai. (2)

Sudah banyak kali pencemaran air sungai ni berlaku di Selangor kan?

Tapi setahu saya, tiada rampasan tanah kilang dibuat juga walaupun kecaman dan amaran telah diberikan.

Saya nak bagi kes satu lagi.

Bagi mereka yang ikut penulisan saya, anda akan tahu mengenai kes M. Sugumaran bersama beratus pembeli rumah kos rendah di Petaling Jaya yang tidak dibina tapi bayaran kepada bank masih jalan. (3)

Sebenarnya pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengumumkan bahawa tanah pemaju akan dirampas balik dan kos membina projek rumah kos rendah akan ditanggung oleh MBPJ pada tahun 2013. (4)

BERANI KERANA BENAR! SILA TEPUK TANGAN!

Itulah yang saya nak puji, tapi hakikatnya cerita ini memang tak jalan macam tu.

Di dalam minit mesyuarat yang diberikan kepada M. Sugumaran sebagai bukti dan keikhlasan pihak kerajaan nak selesaikan masalah pembeli rumah kos rendah (sila rujuk gambar), ianya dinyatakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan tanah itu dirampas balik dan tindakan itu akan dibuat Pejabat Tanah Daerah Petaling.

Jadi Pejabat Tanah pun dengan pandainya memberi Form 7A kepada pemaju dan isu ini dinyatakan ‘dalam tindakan’ dalam minit mesyuarat.

Form 7A ini merujuk kepada tindakan yang boleh diambil di bawah Seksyen 128 Kanun Tanah Negara.

*************************

Section 128. Summary action to secure remedying of breach of condition.
(1) Where –
(a) any alienated land is liable under Section 127 to forfeiture to the State Authority for breach of any condition; and
(b) it appears to the Land Administrator that the breach is

capable of being remedied by the proprietor within a reasonable time,
the Land Administrator shall serve, or cause to be served, on proprietor a notice in Form 7A specifying the action required for remedying the breach and calling upon him to take such action within the time therein specified.

*************************

Celaka tak?

Menteri Besar suruh rampas balik tanah, pegawai kerajaan bagi borang kepada pemaju untuk membaiki kegagalan mereka.

Dan sebelum kamu semua ingat ini ialah bukti ‘deep state’ di mana pegawai kerajaan memang nak sabotaj kerajaan Pakatan, saya akan ceritakan nanti bagaimana ahli politik Pakatan sendiri yang melindungi pegawai yang buat salah.

Peace.

  1. Kumpulan Pulau Pinang meminta mereka menarah bukit secara haram dipenjarakan:

https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2020/09/15/penang-group-calls-for-those-who-illegally-cleared-hills-to-be-jailed/1903398

  1. Selangor akan merampas tanah yang dijadikan tempat perindustrian secara haram, menyebabkan pencemaran sungai:

https://www.malaymail.com/malaysia/article/selangor-to-seize-land-illegally-used-as-industrial-site-causes-river-pollu

  1. Kisah India:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=359559758317295&id=337348560538415

4. Bolehkah janji-janji MBPJ dipercayai?

Can MBPJ’s promises be believed?

Mak Khuin Weng – マク

Isu Semasa