Foto: Lawatan Kerja Ke Taman Pelancongan Dungun

Foto: Lawatan Kerja Ke Taman Pelancongan Dungun

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Pelancongan di daerah Dungun, Terengganu.

Antara tempat yang dilawati adalah Air Terjun Chemerong, Bukit Besi Agro-Exotic Farm.

Di Air Terjun Chemerong amat sesuai untuk melakukan ekspedisi pancuan 4 roda sambil menikmati keindahan sungai yang jernih dan air terjun.

Tempat ini memang menjadi tumpuan ramai sama ada yang datang secara berkumpulan atau dengan keluarga.

Manakala di Bukit Besi Agro-Exotic Farm pula amat sesuai untuk mereka yang meminati aktiviti luar yang lasak.

Di samping itu juga terdapat taman haiwan yang menarik minat mereka yang datang satu keluarga.

Ia juga amat sesuai untuk syarikat-syarikat menadakan aktiviti team buiding di sini.

Tujuan program lawatan kali ini adalah untuk mempromosikan produk pelancongan di Daerah Dungun, Terengganu.

Pelancongan Terengganu