Rakyat Pula Salah Erti!!?

Rakyat Pula Salah Erti!!?

Setelah menyedari akan natijah akibat kemarahan rakyat terhadap keceluparan Mohamaddin Ketapi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup memohon maaf kepada seluruh anggota keselamatan di Malaysia berhubung kenyataan calon WARISAN tersebut di atas kenyataannya mengenai insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.

Dalam masa yang sama juga beliau mengumumkan peruntukan bagi anggota keselamatan pada awal pagi pengundian bagi pihak polis dan tentera.

Ini bolehlah ditakrifkan sebagai rasuah politik, kerana kenyataan di buat di hari pengundian polis dan tentera.

Sudahlah menghina anggota keselamatan, mereka cuba rasuahkan dengan cara kotor ini.

Apakah dia ingat maruah anggota keselamatan begitu murah untuk dijual beli begini?

Syafie juga menyatakan kenyataan Ketapi ini telah disalah ertikan oleh rakyat.

Jika betul rakyat salah faham, sila beri kefahaman kepada rakyat apa erti di sebalik kenyataan si Ketapi tu.

Dan tak perlulah Ketapi tu minta maaf kalau sudah rakyat yang salah faham.

Apa pun dipihak polis pula, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi yang mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada tahun 2013 sebagai satu sandiwara.

Laporan berkenaan telah dibuat oleh individu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas menteri itu yang jelas mempersenda dan menghina pasukan keselamatan yang berjuang serta terkorban semasa peristiwa tersebut berlaku.

Manakala bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menyatakan kekecewaannya diatas kenyataan tidak bertanggungjawab Mohamaddin:

“Tindakan memperlekehkan tragedi yang pernah berlaku di Lahad Datu membuatkan saya benar-benar kecewa.

“Seramai 10 orang pegawai dan anggota pasukan keselamatan terbunuh masih dikatakan sandiwara… saya rasa dia kurang waras,” kata Hamza.

Saya sampai sekarang masih tak faham di mana pula rakyat salah faham berkenaan isu video tersebut.

Kita semua ada telinga untuk mendengar dan otak mentafsir apa yang di dengar.

Jika ada rakyat yang rasa bersalah kerana tak faham, sila komen disini.

Kerana saya pun keliru kenapa Syafie kata kita salah ertikan kenyataan Mohamaddin Ketapi.

Kenapa kita pula salah …?

Sila jawab…

Lau Chin Kok 刘振国

Isu Semasa