Ada setengah orang mengajak para ulama berada dalam zone tak perparti.
Sebab kalau berparti maka ulama bias kepada partinya.
Saya nak tanya kalau lah ada pilihanraya, ulama tak berparti ni nak undi parti apa?
Tak mengundi?
Bermakna anda tak berpolitik.
Tak berpolitik tu sunnah Nabi mana?
Katanya ulama nak pilih jalan berdakwah sahaja.
Baik! Saya nak tanya. berdakwah tu tujuannya nak kemana?
Tentulah untuk mendaulatkan Islam. s
Soalnya macam mana nak daulatkan Islam tanpa kuasa politik?
Katanya ulama-ulama silam berjaya mewujudkan kerajaan Islam di Melaka melalui dakwah dalam Istana Melaka.
Takde pun berparti-parti.
Saya nak tanya, sejarah itu bukan ke tahun 1405.
Masa itu pemerintah beraja secara mutlakkan?
Tak ada sistem Raja berpelembagaan.
Sekarang dalam sistem demokrasi berparlimen.
Parlimenlah kuasa pemutus.
Macam mana nak kuasai parlimen kalau berpolitik pun tidak.
Alasan apa lagi untuk mengajak ulama lari dari PAS?
Tanpa mereka sedar bila ulama tidak menguatkan PAS bermakna mereka memberi laluan kepada DAP dan parti-parti sekular untuk berkuasa.
Tahukah anda PAS ada lah benteng pertahanan untuk menyekat kuasa ideologi komunis, liberal, plural dan sekular sampai ke Parlimen.
Sebagaimana fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah itu menjadi benteng kepada Wahabi, Syiah, Muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan Mujassimah dari menguasai ummat Islam.
Jadinya, janganlah kamu jaga satu pintu dari pintu-pintu benteng pertahanan Islam tapi dalam masa yang sama kamu robohkan tembok benteng itu sendiri.
Ustaz Mokhtar Senik
Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia.