Anwar Umum PN Tumbang, Adakah Rakyat Mahu PH Kembali?

Anwar Umum PN Tumbang, Adakah Rakyat Mahu PH Kembali?

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sidang media tergempar tadi dengan mengumumkan kerajaan PN sudah jatuh kerana dia sudah mempunyai angka yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Beliau juga menyatakan Yang DiPertuan Agong juga telah berkenan untuk menerimanya mengadap pada hari kelmarin, itu yang di dakwa oleh Anwar.

Oleh kerana baginda masih dirawat di IJN dan tidak dapat mengadap YDPA, maka Anwar membuat sidang media ini bagi mengumumkan kepada rakyat bahawa dia sudah mempunyai angka yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Dalam perlembagaan persekutuan perkara 43(4) mewartakan, jika Perdana Menteri hilang sokongan mejoriti maka Perdana Menteri ada dua pilihan.

Pilihan pertama adalah meletakkan jawatannya, pilihan kedua adalah memohon kepada YDPA untuk membubarkan parlimen.

Adalah tidak wajar seorang MP seperti Anwar Ibrahim mengambil alih hak YDPA untuk mengumumkan sesuatu kerajaan itu telah bertukar.

Jangan terlebih sudu sangat saudara.

DAP seperti biasa tidak menunggu lama untuk menangguk di air yang keruh.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan pantas mengeluarkan kenyataan, bahawa kesemua 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan.

“Kami mengambil maklum pengumuman Anwar tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden PH, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan,” kata Lim Guan Eng.

Tentu dia masih berangan nak duduk di kerusi empuk Kementerian Kewangan.

Masih tak serik dengan auta si Anwar ni.

Sehingga sekarang tiada apa-apa respon dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Manakala Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dasuki menganggap ini semua adalah sandiwara Anwar pada setiap kali bulan September menjelang.

Beliau menyatakan ini semua gimik dan sandiwara politik Anwar dan berpendapat agar rakyat di beri mandat sekali lagi untuk menentukan satu kerajaan yang kuat dan kukuh.

Namun apakah kata rakyat?

Mahu bubar, kekal bersama Perikatan Nasional atau nak tengok Lim Guan Eng bagi e-wallet RM30?

Pilihan di tangan anda.

Lau Chin Kok 刘振国

Politik