Dalam ziarah sebelum ini, Natrah Mamat menjadi perhatian Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang kerana kekurangan yang dihadapi beliau dan keluarga.
Sudah beberapa siri bantuan kami salurkan dan hari ini kami telah menempah sebuah ambulans khusus bersama sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Terengganu bagi menguruskan temujanji beliau di hospital.
InsyaAllah, pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN akan terus memantau perkembangan Natrah dari masa ke masa.
Kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan buat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang.





