Skrip “saya ada nombor untuk bentuk kerajaan” ni dia dah pakai 12 tahun dulu.
Hari ini dia guna balik.
Jadi awak semua memerut sangat percaya ni pasal apa?
Pertama, kena ingat YDPA sedang gering.
Mana-mana usaha memeningkan baginda dengan isu kuasa seperti ini boleh dianggap sebagai unsur penderhakaan kepada Tuanku.
Sekiranya betul ada nombor sekalipun, Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa mutlak kepada YDPA untuk membubarkan parlimen.
Terdapat pendapat yang lebih keras bahawa pembubaran mesti melalui nasihat Perdana Menteri dahulu (Perkara 43).
Tetapi dalam keadaan ini sudah tentu TSMY sendiri mahu pembubaran berlaku.
Saya cenderung beranggapan YDPA akan memilih untuk membubarkan parlimen bagi mengelakkan kewujudan kerajaan tidak stabil buat kali kedua.
Sama sepertimana yang pernah dititah oleh Sultan Johor baru-baru ini.
Saya lebih memandang isu ini sebagai diversion dalam PRN Sabah.
Politik Sabah secara umumnya cenderung untuk bersama dengan kerajaan pusat.
Sekiranya terdapat kemungkinan pertukaran Kerajaan Persekutuan, sedikit sebanyak ia boleh merubah pergerakan undi kepada Warisan Plus.
Pesan saya kepada kawan-kawan PKR.
Molek saudara semua block lapangan terbang sekarang.
Manalah tahu kot-kot ada ahli parlimen dibawa lari ke Taiwan.
Korang bukan tak biasa dengan cerita dongeng bangang kan?
Abdul Rahim Hilmi Zakaria