Skim PAS

Skim PAS

SkimPAS merupakan satu inisiatif yang diambil bagi membantu ahli keluarga pencarum SkimPAS apabila ditimpa musibah yang tidak dijangka.

SkimPAS ini diuruskan di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, SkimPAS telah diurus dan diketua oleh Encik Md Umbaidah Tengah.

Alhamdulillah, Sehingga kini seramai 130 orang ahli PAS telah mencarum dalam skim ini di DUN Ladang sahaja

Semalam, YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang telah menampaikan kad SkimPAS kepada 50 orang peserta.

“Saya berharap semoga dengan usaha ini kebajikan ahli PAS terus terjaga dan terpelihara. InsyaAllah,” kata Tengku Hassan.

Beliau juga berharap agar lebih ramai lagi ahli yang akan menyertai skim ini yang akan memanfaatkan seluruh ahli dan keluarga dalam DUN Ladang.

Kesihatan