Penangguhan Semua Program YAB Menteri Besar Terengganu

Penangguhan Semua Program YAB Menteri Besar Terengganu

Adalah dimaklumkan bahawa semua program/aktiviti yang melibatkan YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib selama 14 hari seperti yang diarahkan oleh pihak Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu selepas berlaku kontak dengan dua individu positif Covid19 beberapa hari lalu.

Tindakan pantas telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk mengenalpasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

Pemantauan berterusan juga sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri dengan penuh dedikasi.

Untuk makluman, YAB DS Menteri Besar juga telah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif, dan perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti.

Walaupun begitu, YAB DS Menteri Besar akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 September ini secara video atas talian.

Sekian.

Harap maklum.

HJ MUHYIDIN ABDUL RASHID

SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR TERENGGANU

Jumaat 25 September 2020

Kesihatan