Kisah Auta Anwar Ibrahim Pada 16 September 2008 Dan 13 Oktober 2020

Kisah Auta Anwar Ibrahim Pada 16 September 2008 Dan 13 Oktober 2020

Pada bulan Julai 2008 Dr Wan Azizah telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di Permatang Pauh.

Sejurus memenangi PRK di Permatang Pauh dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, dengan tidak semena-mena Anwar mengumumkan bahawa sebuah kerajaan baru PR akan di bentuk pada 16 September 2008.

“I get the numbers” katanya.

Dalam sesi sembang santai Ustaz Dr Mohd Fadli Ghani dengan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Dr Mohd Fadli Ghani bertanya kepada Dr Dzulkefly Ahmad tentang senarai nama 30 Ahli Parlimen yang nak melompat ke PR.

“Enta dah tengok ke senarai tu?” tanya ustaz.

“Hari tu, Ana tanya Anwar tentang senarai 30 orang tu. Anwar kata ada.

“Ana minta tengok.

“Anwar tunjuk senarai kat skrin laptop dia,” kata Dr Dzulkifly.

“Jadi enta lihatlah senarai tu. Siapa orangnya?” Ustaz terus mendesak.

“Sebenarnya Anwar tunjuk skin tu sekejap je.

“Dia pusing skin laptop tu kat Ana, sebelum Ana sempat baca, dia pusing balik.

“Jadi Ana tak tau siapa orang tu. Tapi Anwar kata ada 30 orang,” Dr Dzulkifly mula mengaku bahawa dia sebenarnya ditunjukkan satu ‘senarai gelap’ di skrin laptop, tanpa dia sendiri sempat melihat, apatah lagi membacanya.

Begitu juga bila ditanya dengan Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkenaan senarai nama yang Anwar serahkan pada YDP Agong.

“Dia (Anwar) dah bagi kepada Agong, saya pun tidak tahu bila dia serahkan.

“Cuma memang senarai itu telah diberi kepada pihak istana,” katanya.

Ditanya tentang senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong Anwar, Johari berkata, beliau tidak mempunyai maklumat kerana bukan individu terpenting bagi mengetahuinya.

“Saya tiada keutamaan dalam hal ini, hanya seorang sahaja yang tahu iaitu Anwar.

“Orang lain memang tidak tahu,” katanya.

Macamanalah orang-orang bodoh seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Johari Abdul termasuk penyokong Anwar boleh percaya bulat-bulat kata-kata Anwar?

MKS,

Isu Semasa