Program Info On Wheels DUN Ladang

Program Info On Wheels DUN Ladang

Mewakili saya pagi tadi, Pegawai Khas ADUN Ladang, Encik Mohd Zaim Azfar dalam satu Program Info On Wheels (IOW) yang diadakan di salah satu kedai makan Kampung Masjid Haji Kadir.

Bertemakan Kempen Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO), pelbagai risalah diagihkan buat orang ramai bagi menunjukkan keseriusan kerajaan khususnya dalam membanteras jenayah ini.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Cik Rosnaini Arshad, Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang dan pemimpin masyarakat setempat dalam program kali ini.

Dato’ Tengku Hassan

ADUN Ladang

Dalam Negeri Terengganu