Gencatan Politik Antara Kerajaan Dan Pembangkang Sukar Berlaku

Gencatan Politik Antara Kerajaan Dan Pembangkang Sukar Berlaku

Sebenarnya, PRU15 adalah langkah yang bagus untuk tamatkan kemelut politik.

Bagus, tapi bukan terbaik.

Bagus untuk menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat.

Terbaik jika pilihanraya menghasilan majoriti yang strong, formidable dan convincing.

Jika tidak, PRU15 pun tak membantu sebagaimana Sabah.

Walaupun PRU15 bagus, memandangkan kita sedang berdepan dengan peningkatan kes Covid19 yang hampir cecah 1000 kes sehari, PRU15 bukanlah pilihan yang bagus, kerana ia akan memangsakan rakyat.

Ia akan memungkinkan PKPD berulang, mungkin dengan lebih drakonian untuk meratakan carta kes harian.

Ekonomi sekali lagi menjadi taruhan.

Benda ni semua orang accept.

Orang politik pun tahu keadaan kita yang sedang berdepan pandemik ini.

Orang kerajaan tahu, orang pembangkang pun tahu.

Tetapi kerana sifat orang politik adalah mahu berkuasa dan sakit hati melihat orang lain berkuasa, maka mereka tak kisah menghuru-harakan politik negara.

Pihak kerajaan semestinya mahukan gencatan politik dan fokus kepada melawan Convid19.

Seolah-olah mahu semua orang politik pihak kerajaan dan pihak pembangkang tidak bermain politik sehingga PRU15.

Apabila graf jangkitan Covid19 harian dapat diratakan, mungkin boleh diberi laluan untuk PRU15.

Tetapi, semestinya pembangkang tak boleh terima gencatan politik, kerana genjatan politik akan menguntungkan kerajaan.

Kerajaan ada kuasa, dan apabila kerajaan melaksanakan pentadbiran dengan fokus dan bersungguh-sungguh tanpa gangguan, ia akan memberikan kredit kepada parti pemerintah walaupun tidak berkempen politik.

Manakala pembangkang tidak mendapat apa-apa keuntungan ketika berdiam diri saat genjatan politik.

Ini tak boleh diterima.

Dengan itu pihak pembangkang tidak akan berdiam diri melihat pihak pemerintah memperoleh kredit.

Pembangkang akan terus mengasak, mengasak dan mengasak supaya pihak pemerintah terganggu, terkonflik sesama sendiri, tertikam kawan, tersokong bakal PM9, dan segala macam ter ter ter lagi.

Kesilapan pihak kerajaan akan dikitai habis-habisan.

Satu kesalahan dizikirkan 9 kali sehari.

Di post dalam media sosial berkali-kali, dibuat sidang media, dibuat Live FB, hentam sana, hentam sini, buat poll lagi – walaupun hanya satu kes yang kecil.

Semuanya adalah untuk mengganggu proses pentadbiran supaya tidak terlalu smooth yang mendatangkan kredit untuk hadapi PRU15.

Melihat kepada situasi ini, istilah genjatan politik mungkin boleh berlaku pada sesama koalisi, tetapi tidak akan berlaku antara parti kerajaan dan parti pembangkang.

Pembangkang bukannya tak tahu pasal Covid19, tetapi pembangkang akan rasa tak aci lah kami berdiam diri, pihak kerajaan dapat buat kerja.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat akan terus menghadapi kemelut politik yang berterusan walaupun KKM beri amaran akan peningkatan kes Covid19 yang sudah cecah dua-tiga kali ganda berbanding gelombang semasa PKP 1.0 terdahulu.

Apa boleh buat, hanya kita jaga kita dengan follow arahan KKM.

Sekian

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Politik