Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti, apakah Anwar atau Mahathir mempunyai sokongan majoriti?
Jawabnya TIDAK sama sekali.
Sekalipun dakwaan anwar bahawa TSMY telah hilang majoriti adalah benar, anwar juga tidak mempunyai sokongan majoriti bagi membolehkan dia membentuk Jemaah Menteri nya dan dia dimahsyurkan sebagai PM 9.
Keributan dalaman blok kerajaan PN menyaksikan Tengku Razaleigh sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO/BN telah mengambil sikap bertentangan.
Tengku Razaleigh kemungkinan tidak berseorangan dan membawa bersamanya beberapa Ahli Parlimen UMNO/BN.
Sementelah gambar pertemuan Tengku Razaleigh dan Mahathir di kediaman Mahathir turut menjelaskan bahawa wujud gerakan oleh kedua-dua pihak untuk menjatuhkan TSMY.
Peralihan sokongan Tengku Razaleigh dapat dibuktikan apabila dia turut menyokong usul undi tidak percaya terhadap TSMY, jika usul ini dibentangkan di Parlimen dan TSMY kalah dalam undian tersebut, ia sudah terlambat untuk menghalang iklim politik negara kembali ‘chaos’ sepertimana yang dihadapi pada penghujung Februari lalu.
Malah ia kemungkinan akan lebih buruk kerana sokongan Ahli-Ahli Parlimen sudah berpecah kepada 3 @ 4 kelompok iaitu:
1. Menyokong TSMY (PN) – 110 kerusi
2. Menyokong Anwar (PH) – 98 kerusi
3. Menyokong Mahathir – 10 kerusi
4. Berkecuali – 4 kerusi
Jumlah kerusi sekadar anggaran.
Sekiranya keadaan di atas berlaku, maka negara sekali lagi akan diheret ke kancah ketidakstabilan yang akan merencatkan semua usaha-usaha pemulihan ekonomi dan perang Covid 19.
Keadaan ekonomi yang sedia teruk pada waktu kini akan menjadi lebih parah kerana negara hilang kestabilan politik.
Ia diparahkan lagi apabila tiada pihak yang mempunyai majoriti untuk menubuhkan sebuah pentadbiran.
Justeru itu, tindakan awal perlu diambil sebelum keadaan itu benar-benar berlaku kerana apabila ia dah berlaku, sudah terlambat untuk memulihkan keadaan dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memulihkan keadaan KECUALI PRU 15 perlu disegerakan.
Namun apakah wajar mengadakan PRU 15 pada waktu kini?
PRN Sabah 2020 telah membuktikan bahawa pilihanraya hanya lebih membahayakan dan mendedahkan rakyat kepada penularan Covid 19, apatah lagi jika diadakan di seluruh negara.
Tidak timbul persoalan bahawa TMSY atau samada PAS, PPBM, UMNO/BN dan GPS yang bergabung membentuk kerajaan PN gila kuasa kerana PN sudahpun memegang kuasa.
Tetapi demi kestabilan negara, demi rakyat, ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat, maka tidak dapat ditolak bahawa pengisytiharan darurat politik adalah jalan terakhir sementara masih ada harapan untuk dilaksanakan.
Sebaliknya jika TSMY sudah hilang autoriti di Parlimen, ia sudah terlambat untuk berbuat apa-apa dan menjerumuskan negara ke situasi yang lebih rencam.
Puak-puak PH termasuklah kem Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak pernah memikirkan soal kestabilan negara, tapi mereka hanya memikirkan cara atau jalan untuk memperolehi kuasa.
Oleh itu, sebelum kita terpaksa sujud di kaki Anwar dan DAP mahupun Mahathir apatah lagi Tengku Razaleigh, maka kita harus sokong apa jua keputusan yang bakal dilaksanakan agar kuasa tidak terlepas ke tangan mereka yang gila kuasa.
Oleh kerana cadangan pengisytiharan darurat telah ditolak maka kita lihatlah apa yang akan berlaku seterusnya.