Masalahnya, ramai tak baca kenyataan YDP Agong sepenuhnya.
Kalau malas pun, nah, baca at least yang ini:
‘Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia. Kendatipun begitu, Seri Paduka ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara. Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada.’
Darurat tak perlu, betul.
Tapi “dengan syarat” jangan usik kerajaan sekarang.
Kalau kerajaan diusik, e.g. bajet ditolak etc, maka YDP Agong mungkin akan mengubah fikiran dan mengisytiharkan darurat.
Sebelum Istana Negara mengeluarkan kenyataan media, rakyat siap dihasut untuk menolak darurat.
Andaikan YDP Agong mengisytiharkan darurat hari ini, apa akan jadi?
Kita semua tau apa akan jadi.
Pemimpin yang suka menghasut rakyat, tak akan turun menolong apabila rakyat ditangkap polis. Ingat tu.
P.S. Shafie Apdal rela mati daripada serahkan kuasa.
Apa yang Shafie Apdal maksudkan ialah dia rela Covid merebak di Sabah daripada serahkan kembali kuasa yang dirampas kepada BN.
Betulkah PH mementingkan rakyat?
Ada peribahasa Punjabi, “dayn vi sat kar chad ke phir lau choos di”, yakni pontianak (dayn) pun lepaskan 7 rumah (jiran) sebelum pi hisap darah. Ahli politik apa yang hisap darah rakyat sendiri weh?
DR. SHAMSHER SINGH THIND