Kumpulan Inovasi V-Clean Memperkenal Teknologi Baru Pembersihan Pantai

Kumpulan Inovasi V-Clean Memperkenal Teknologi Baru Pembersihan Pantai

Hari ini saya menerima kunjungan daripada pihak Kumpulan Inovasi V-Clean Majlis Daerah Marang yang memperkenalkan satu ciptaan teknologi baru.

Ciptaan teknologi baru tersebut ialah Smart Bucket Backhoe (SBB) untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan pantai, sisa pepejal di kawasan berair dan saliran air.

Saya dapati inovasi yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat atau ‘public value’ serta dapat memberi nilai tambah dan menggantikan cara manual sedia ada.

Semoga inovasi yang dihasilkan ini selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan teknologi baru sebagai salah satu agenda negara khususnya dalam mentransformasikan mutu perkhidmatan sektor awam.

Pembudayaan inovasi seperti inilah yang menjadi teras dalam melonjakkan transformasi jabatan disamping memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Syabas!

Haji Ahmad Amzad Hashim

Terengganu