Info Semasa Vaksin COVID-19

Info Semasa Vaksin COVID-19

Kerajaan menerusi kaedah diplomasi sains yang digerakkan secara bersama bermula April lalu antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan pendekatan pelbagai hala (multi-proged approach) bagi membolehkan Malaysia memperolehi jaminan askes kepada bekalan vaksin COVID-19 yang sedang giat dibangunkan di seluruh dunia.

Terdapat 202 calon vaksin sedang dibangunkan dengan 10 daripadanya berada dalam ujian klinikal fasa 3.

Beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuklah bersama kerajaan China, Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX), dan syarikat farmaseutikal luar negara yang lain.

MOSTI juga sedang giat dalam perancangan untuk membangunkan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV) telah ditubuhkan melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 21 Oktober 2020 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertindak sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin COVID-19.

YB Tuan Haji Ahmad Amzad bin Hashim

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia

Kesihatan