Hari penamaan calon bagi PRN Melaka telah berlalu.
Muktamadlah akan berlaku pertandingan beberapa penjuru, dari tiga penjuru hingga ke enam penjuru.
Walaupun akan berlaku banyak penjuru, pasukan utama yang akan beraksi di semua DUN adalah Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.
Tumpuan pemerhati politik bukan sahaja pada senarai calon serta spekulasi bakal ketua menteri, malah siapa watak penting yang melatari calon-calon ini.
Sudah terdengar bisik-bisik di kedai kopi inilah pertandingan di antara Boss, Abah dan Cikgu.
Boss dilihat sedang membuat “come back” (kembali semula) ke arena politik.
Munculnya beliau di atas pentas pada hari pengumuman calon telah menenggelamkan tumpuan terhadap Tok Mat, Timbalan Presiden.
Sememangnya namapun Boss.
Bila Boss dah ke hadapan, yang lain-lain ikut dan akur sahajalah.
Abah dilihat sedang menyusun regu gandingan.
Ini pertandingan yang pertama buat pasukan Perikatan di Semenanjung.
Formula gandingan sedang dicuba.
Ini adalah cabaran besar buat Abah.
Cikgu dilihat sedang mengendurkan ketidaksepakatan di dalam Pakatan.
Cabaran besar baginya untuk mensucikan label “katak” yang selama ini menjadi bahan sumpahan Pakatan.
Dalam kalangan ahli parti, ada yang tidak berpuas hati.
Dalam kalangan sekutu politik, pun sama, sehingga memboikot sidang media Pakatan.
Pengundi Melaka mahu pilih yang mana satu?
Boss? Abah? Cikgu?
Dr PalaTao

