Aku Melayu Selesa Dan Angkuh?

Aku Melayu Selesa Dan Angkuh?

Aku Melayu…

Di Tanah Melayu,

Yang dahulunya hanya ada Melayu

Sebelum British membawa kuli,

Masuk ke Tanah Melayu,

Untuk melombong bijih,

Untuk menoreh getah,

Ini fakta sejarah,

Yang tidak boleh disanggah!

Selesakah aku?

Apabila kuli kini menguasai,

Lebih 80 peratus ekonomi,

Apabila kuli kini menguasai,

Lebih separuh milik tanah,

Apabila kuli kini menguasai,

Di sebalik tabir kuasa politik,

Yang Melayu hanya menjadi,

Watak di layar wayang kulit!

Angkuhkah aku?

Apabila bersuara tentang Melayu,

Yang sedang menghilang,

Tanah air dan maruahnya,

Yang sedang menghilang,

Hak dan kepentingannya,

Yang semakin dicabar agamanya,

Islam agama Persekutuan!

Aku Melayu…

Bukan mahu merampas

Hak orang lain,

Aku Melayu…

Hanya mahu hak Melayu,

Dipulang dan dipertahan,

Mengikut Perlembagaan!

KHAIDIR AHMAD,

Kolumnis