Siapa Yang Panik Sebenarnya?

Siapa Yang Panik Sebenarnya?

Mari aku cerita satu persatu.

Bulan 12 2022, dua hari sebelum PRK Padang Serai, Anwar keluarkan kenyataan yang dia yakin adanya dana judi diperolehi parti politik untuk tujuan perbelanjaan PRU.

Parti yang dimaksudkan adalah PN.

Kenyataan ini bertujuan membunuh di saat akhir PN menjelang hari pengundian PRK Padang Serai.

Anwar memang juara dalam hal membina fitnah dan spekulasi serta persepsi.

Berpuluh tahun itulah kerjanya.

PN menafikannya.

Dan Anwar dengan lantang katakan jangan cabarnya dan gopoh kerana dia ada bukti dokumen di Mof sebagai menteri kewangan.

Tetapi Anwar tidak pernah kemukakan bukti walaupun dia yang mula menuduh.

Baru-baru ini menteri JPM Azalina terpaksa menjawab pertanyaan MP Pas YB Fadzli dalam parlimen secara bertulis berkaitan hal dana tersebut.

Jawab Azalina sehingga sekarang maklumat terlalu umum dan tiada rujukan untuk SPRM membuat siasatan.

Di sini bermulaya panik dan kita lihat siapa yang panik.

Jawapan Azalina yang cuai dan tidak kemas tersebut telah mengundang back fire terhadap Anwar yang dicop Anwar penipu dan fitnah kerana menuduh dan kononnya ada bukti.

PN bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Teruk Anwar dihentam netizen.

Anwar dan Zahid mula membambu Azalina.

Akibat panik teruk Azalina terpaksa keluarkan kenyataan yang semakin berubah dari jawapan pertama.

Tambahnya walaupun tidak disiasat, kes boleh dibuka bila-bila masa jika ada bukti.

Tidak semena-mena muncul seorang individu botak bernama Rashdan Yusof ke SPRM membawa dokumen kononnya bukti PN terima dana dari syarikat judi.

SPRM dan kerajaan cari maklumat pun tidak jumpa dan dapat, tetapi lelaki botak ini ada bukti.

Hebat lelaki ini dari SPRM.

Dan selepas 6 bulan baru dia muncul entah dari mana.

Dan yang mengaku ada dokumen di Mof adalah Anwar.

Mana dokumen dari Anwar pula?

So siapa yang panik sebenarnya?

Sudah-sudahlah main game bodoh kuno gini.

2023 dah kot.

Isu Semasa