Bila pimpinan ketua pemuda UMNO mahu DAP membuat permohonan maaf secara terbuka kepada UMNO, atas ‘dosa-dosa’ yang selama ini dilakukan terhadap orang Melayu dan Islam, saya hanya menggelengkan kepala.
Isu UMNO-DAP bukan soal, soal minta DAP minta maaf, lebih besar daripada itu. Ia adalah soal perjuangan.
Perjuangan UMNO dan DAP ternyata jauh bertentangan.
UMNO mahukan hak Melayu Islam dipelihara atau diberikan keistimewaan, sedangkan ultra kiasu Dap memperjuangkan Malaysian Malaysia, sama rata sama rasa.
Jika UMNO mahu bersama DAP, suruh DAP buang jauh-jauh perjuangan asasnya, Malaysian Malaysia dan Deklarasi Setapak.
Jika tidak sampai matipun, UMNO-DAP akan bertembung.
Kita tengok nanti, sejauhmana hubungan ini boleh pergi jauh.
Ini soal perjuangan. Bukan soal minta maaf.
Minta maaf, boleh dibuat bila-bila masa, kemudian minta maaf lagi.
Inilah budaya politik hari ini.
Masalah Melayu atau ahli UMNO dengan DAP adalah isu perjuangan.
Sama juga ketika PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, isunya soal perjuangan.
Sebab itu, PAS terpaksa membuat keputusan, meninggalkan parti ultra kiasu ini.
Kenyataan ultra kiasu, mengenai Melayu dan Islam amat melukakan hati, terutama Melayu UMNO.
Luka ini masih berdarah dan bernanah, sukar untuk disembuhkan dalam sekelip mata, meskipun pimpinan UMNO boleh memadamkan begitu sahaja.
Saya fikir pemimpin Pemuda UMNO masih mentah lagi soal sejarah dan perjuangan.
Saya minta anak-anak muda UMNO ini, bacalah sejarah dan perlembagaan serta perjuangan datuk nenek moyang mereka ketika bersama UMNO.
Jika perjuangan UMNO yang mahu memartabatkan Islam dan Melayu, parti-parti yang mirip untuk didekati ialah PAS dan PPBM (Bersatu).
Kenapa PAS boleh bersama Bersatu sehingga ke hari ini?
Begitu juga Proklamasi Melayu pimpinan Tun Dr Mahathir?
Jawapan mudah, perjuangan yang mirip sama, saling tidak bertentangan, mahu memartabatkan Melayu dan Islam.
Tetapi bukan bersama DAP dan PKR, kerana satu perjuangkan Malaysian Malaysia, satu lagi parti memperjuangkan liberalisme.
Jika UMNO mahu lama bersama DAP dan PKR, minta mereka pinda buang jauh-jauh perjuangan Malaysian Malaysia dan perjuangan liberalnya.
Itu sahaja resepi untuk UMNO berkahwin lama dengan DAP dan PKR.
Jika tidak, kita tunggu dan lihat.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah