PAS Bukan Sekadar Sebuah Parti Politik

PAS Bukan Sekadar Sebuah Parti Politik

Apa maknanya apabila dikatakan PAS bukan sekadar sebuah parti politik?

UMNO, BERSATU, PKR dan PAN adalah benar kalau dikategorikan sebagai parti politik mutlak.

Parti-parti tersebut hanya bergerak dari sudut politik kerana dilahirkan untuk mencapai kuasa politik semata-mata.

Bagaimana pula dengan PAS?

Masyarakat Malaysia mengenali PAS sebagai sebuah parti politik.

Orang Melayu yang beragama Islam sendiri pun melihat PAS dari perspektif yang sama.

Keberadaan PAS mereka sedari dengan jenama parti, Parti Islam Se-Malaysia.

Lantas dalam minda mereka PAS hanyalah sebuah parti politik seperti parti-parti yang disebutkan tadi.

Kerana mereka sangat membenci PAS atau tidak pernah ingin memahami wadah perjuangan PAS, maka terkeluarlah kata-kata PAS penunggang agama, PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Mana mungkin penunggang agama membasmi judi di negeri-negeri yang kuasainya sedangkan UMNO, PKR dan PAN tidak sudi melakukannya.

Mana mungkin penunggang agama menentang konsert liar dan LGBT, sedangkan di luar sana mereka terkinja-kinja menjemputnya.

Mana mungkin penunggang agama menentang Oktoberfest yang mempromosikan arak secara terbuka sedangkan mereka kelu untuk membantahnya?

Di sebalik semua realiti itu, mereka gagal menamakan sebuah parti lain selain PAS yang memperjuangkan Islam.

Kenapa mereka tidak berani menyebut PKR?

Adakah kerana ketuanya terkait dengan sodomi, LGBT dan pluralism?

Kenapa mereka tidak berani menyebut PAN?

Adakah kerana mereka sedar PAN hanya terompah DAP?

Kenapa mereka tidak berani menyebut UMNO?

Adakah kerana judi dan kilang arak tumbuh bagai cendawan dalam sejarah lebih setengah abad UMNO memerintah negeri dan negara?

PAS sebenarnya sebuah harakah Islamiyyah atau gerakan Islam.

Penglibatan PAS dalam politik hanyalah salah satu kaedah gerakan Islam ini bergerak.

Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan Islam?

Gerakan Islam adalah satu gabungan ummah yang bertujuan mendaulatkan Islam secara praktikal, menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran, bergabung tenaga dan pemikiran umat Islam di seluruh dunia dan menitiberatkan soal-soal kebajikan ummah.

Apabila mereka tidak mengenali PAS dari dalam maka mereka berpanasaran dari luar. Itulah hakikatnya.

Sebagai gerakan Islam, PAS bergerak melalui empat elemen penting; politik, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan.

Keempat-empat elemen ini saling berkait dan lengkap-melengkapi.

Semuanya bermatlamat untuk mendaulatkan Islam; menjadikan masyarakat hidup sejahtera dengannya walaupun berbeza agama dan budaya dalam masyarakat majmuk.

Malangnya, musuh seagama mendajalkan PAS sebagai penunggang agama manakala Islamophobia DAP pula memomokkan PAS bagai Taliban ke dalam masyakat non-muslim.

Akhir-akhir ini kita bersyukur kerana masyarakat Islam mula sedar akan kesilapan mereka.

Anak-anak muda Islam terutamanya telah berjinak-jinak dengan PAS setelah mereka melihat kepalsuan yang dibawa oleh parti dan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO, PKR dan PAN.

Benarlah janji Allah bahawa Islam pasti menang walaupun tidak terjangkau oleh akal manusia.

Masanya tidak lama lagi akan tiba sama ada sempat dilihat oleh tuan-tuan guru kita yang sudah berusia atau akan berlaku di zaman anak-anak muda kini yang meneruskan legasi perjuangan suci.

Salam Muhammad

PAS