Ahli-ahli Sejarah di Kedah membantah kenyataan PMX.
Sebenarnya, para pengkaji sejarah Kedah telah lama membuat kajian dan menemui banyak penemuan-penemuan yang bertentangan dengan sejarah ‘mainstream’ negara kita – terutama perihal sejarah negeri Kedah.
Malahan sultan-sultan Kedah sangat menyokong usaha mengkaji dan menulis semula sejarah dengan naratif kita sebagai penduduk negeri dan negara ini, bukan mengambil naratif penjajah untuk dihayati.
Namun usaha ahli-ahli sejarah Kedah untuk menulis semula sejarah Kedah dengan menyingkap semula kebenaran peristiwa yang dipesongkan oleh naratif penjajah – tidak mempunyai akses yang meluas.
Hasil kajian mereka hanya berlegar dalam makalah-makalah kecil, blog-blog, forum-forum, dialog dan sebagainya – masih sangat kecil untuk mendepani ‘fakta’ sejarah mainstream naratif penjajah yang sudah lama mencengkam catatan sejarah negara, buku-buku teks dan silibus pendidikan.
Mahu tidak mahu, dapatan ahli-ahli sejarah ini memerlukan sokongan dana dan kuasa politik untuk diangkat kepada agenda nasional bagi mebetulkan sejarah asal-usul negara kita – berdasarkan naratif kita sendiri.
Apa yang kita baca dan fahami hari ini hanyalah sejarah yang ditulis dengan naratif penjajah British, penjajah Siam dan sebagainya.
Antara dapatan ahli sejarah yang pasti ditertawakan oleh penghadam sejarah naratif penjajah adalah, Kedah tidak pernah menjadi milik Siam, negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah melainkan hanya Kota Melaka, pendudukan British di Perak bukan disebabkan perang saudara di Perak… dan banyak lagi.
Dapatan-dapatan ini bukan setahun dua ini sahaja ditemui, malahan ada yang sudah lebih 20 tahun ditemui, tetapi tiada political will untuk meletuskannya supaya dia diangkat menjadi agenda besar negara.
Sampailah kepada zaman Sanusi ini, MB Kedah yang lantang itu berani membawa isu sejarah ini untuk diwacanakan dan diperhebatkan.
Ia adalah satu permulaan usaha yang mempunyai political will.
Dengan political will yang kuat, ahli-ahli sejarah akan terus menyiarkan kepada umum hasil kajian, dan jawatankuasa atau suruhanjaya khusus pemurnian sejarah boleh dibuat.
Ia bukan kerja sehari dua atau setahun dua.
Ia perlu berterusan untuk menghidupkan semula akar-akar sejarah kita yang telah diracuni sekian lama.
Bukan salah PMX untuk terpinga-pinga tentang sejarah apa sebenarnya yang dilaungkan oleh MB Sanusi.
Jika PMX pun terpinga-pinga, tidak hairan para penyokongnya juga lebih terpinga-pinga.
Pastinya mereka tidak akan mengambil inisiatif untuk mencari sumber yang menyatakan hasil kajian ahli sejarah, sebaliknya mereka akan berhempas pulas mencari idea untuk troll dan melawan naratif yang men-debunk naratif penjajah.
Pastinya Sultan Kedah sangat gembira dan teruja memiliki memanda Menteri Besar yang positif dan selari dengan aspirasi baginda dalam menghidupkan usaha mengembalikan sejarah dan cerita sebenar terutama perihal sejarah Kedah yang telah dipesongkan sekian lama.
Ucapan MB Sanusi dalam program Kedah Berselawat 2023 baru-baru ini adalah ucapan pertama mengenai seruan membetulkan naratif sejarah yang dibuat dengan kuasa politik sebagai MB Kedah.
Jika “Kalih Bagi Sama”, kita akan dapat MB yang jenis terpinga-pinga macam PMX di sana juga.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa