Dulu-dulu, ada kumpulan dalam PAS yang pakat kritik dan hentam figure TG Haji Abdul Hadi kerana dikatakan menjadi penyebab kerajaan PAS Terengganu tumbang pada 2004 dan gagal untuk kembali pada 2008 dan 2013.
Hari ini Terengganu menang besar meneruskan kemenangan pada 2018, dengan melibas bersih semua kerusi DUN dan Parlimen di Terengganu – ketika Presiden PAS masih juga TG Haji Abdul Hadi.
Terkedu semua geng tersebut yang kini telah berada di luar PAS.
Seolah-olah tidak percaya.
Mulut ternganga, mata terlopong melihat apa yang berlaku di depan mata.
Hati pula membengkak, perut menjadi senak menahan sesaknya dada menerima berita kekalahan.
Malahan ada yang tersungkur dilibas di medan dengan majoriti yang tidak terduga.
Keangkuhan, sembang kencang, salah guna kuasa, dan banyak faktor kekalahan mereka untuk dibicara.
Tetapi salah satu faktor besar adalah gerak atur Presiden PAS yang mereka anggap lapuk, kolot, ekstrim, tak bijak, lemah dan sebagainya.
Mereka ingat strategi mereka terpaling bijak kerana dapat menunggang aura PMX yang dikatakan hebat mendonia.
Kepada orang PAS, ini adalah kejayaan terbesar PAS dalam perjalanan politik parti PAS di Malaysia.
Tapi dalam medan dakwah, ia masih terlalu banyak gerak kerja yang mesti dibuat.
Ujian dan halangan dalam dakwah masih terlalu banyak.
Ketahuilah, kejayaan PAS hari ini menandakan ‘tugas’ Presiden PAS hampir ke penghujungnya.
Bersedialah untuk menyambung perjuangan politik dan dakwahnya.
Ambillah mutiara ilmu dan taujihat beliau selagi masih berpeluang.
Semoga Allah terus memberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin perjuangan di penghujung usia.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa