Keratan ucapan MB Sanusi ketika PRU15 parlimen Padang Serai ini mula-mula sekali disahut oleh sebahagian kecil pengundi Padang Serai sahaja.
Kemudian cybertruper PH kerat lagi video tersebut kepada bahagaian “kita… bodo!” dan disebarkan sebagai troll kononnya Sanusi memaki penyokongnya sendiri.
Lapan bulan kemudian, ucapan Sanusi itu tiba-tiba menjadi viral dan fyp di TikTok.
Berpuluh-puluh video anak perantauan pulang menyahut seruan MB Sanusi dengan berlatarkan suara ucapan tersebut.
Sehinggakan ia diumpamakan sebagai “Optimus Prime memanggil autobots”.
Boleh buka TikTok, search “Sanusi Autobots”.
Belum ada penganalisis politik memasukkan faktor ucapan Sanusi ini dalam mengulas sokongan besar orang Melayu kepada PN, atau faktor berlaku polarisasi bagai semua tu.
Apakah seruan “Sanusi Prime” itu benar-benar membuka mata anak-anak muda dan orang-orang Melayu untuk melihat permainan yang lebih besar yang sedang berlaku dalam negara, atau hanya sekadar entertainment dalam acara kempen politik semata.
Boleh buat analisa bagaimana emosi orang atas pagar yang mendengar ucapan tersebut di TikTok. Swipe saja keluar ucapan Sanusi, swipe lagi keluar lagi.
Video saja berbeza.
Apakah ini juga faktor orang atas pagar memilih PN dan Sanusi?
Ikuti ucapan penuh Sanusi di bawah: