Sejarah Kedah Yang Digelapkan, Kini Sedang Dibongkarkan Semula

Sejarah Kedah Yang Digelapkan, Kini Sedang Dibongkarkan Semula

Salah satu perang terbesar dalam sejarah kita dalam masa 200 tahun terdekat dengan kita adalah Perang Musuh Bisik, Kedah.

Namun sejarah ini tidak diceritakan langsung dalam buku-buku teks sejarah kita.

Dalam silibus buku teks kita, diceritakan zaman Melaka, perjanjian Pangkor, kemudian penjajahan British, lepas tu terus skip kepada cerita perjanjian Birtish-Siam, lepas tu terus skip lagi kepada kebangkitan menentang penjajah awal 1900.

Tokoh-tokoh pahlawan yang diceritakan juga limited kepada ketua-ketua kumpulan masyarakat kampung yang bangkit menentang British.

Tokoh seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Maharajalela etc… semua itu melawan British pada skala kecil.

Tetapi Perang Musuh Bisik adalah peperangan besar yang Kedah hadapi – yakni melawan dua kuasa besar dunia secara serentak.

British dan Siam bergabung menyerang pejuang-pejuang Kedah, dan peperangan ini memakan masa lebih 20 tahun.

Keengganan orang-orang Kedah menyerah kalah dicatat oleh Jeneral British Sherard Osborn – bahawa orang Melayu Kedah sebagai bangsa yang perlu mereka hormati.

“Seperti anjing, pribumi di sepanjang persisir pantai semenanjung India menjilat tangan orang yang menyiksa mereka; tetapi tidak bagi Orang Melayu; dan kita Orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama menghormati bangsa yang tidak tunduk dengan penuh kehinaan kepada penderaan atau penindasan”.

Walaupun perang itu besar, tetapi sejarah kita dalam buku teks tidak ceritakan pun siapa Tunku Mat Saad, Tok Morris, Tunku Kudin dan sebagainya – yang terlibat merancang strategi dan serangan balas ke atas pendudukan Siam.

Kepahlawananan mereka ini jauh lebih besar barbanding tokoh-tokoh yang disebut pada era kebangkitan melawan penjajah sebelum pendudukan Jepun.

Sejarah besar ini seakan dipadam terus oleh teks sejarah mainstream, bahkan cerita sejarah mainstream kita pun ditulis dari sudut pandang British dan Siam.

Tidak hairanlah jatidiri anak bangsa kita tidak mampu bangkit untuk kembali menjadi gagah mendepani kemelut geopolitik dunia yang hari ini menghampiri rantau kita.

Seiring dengan perancangan besar Plan Pembangunan Kedah 2035 dari sudut ekonomi, pendidikan dan sosial, MB Kedah juga memberi isyarat untuk memurnikan sejarah negeri Kedah menjelang 2035.

Sejarah bangsa Kedah akan diangkat semula untuk dihayati, dipelajari dan diambil iktibar untuk membina semua jatidiri anak bangsa yang sudah 200 tahun dibuli menjadi inferior terhadap bangsa lain.

Ya, plan kemajuan fizikal Kedah akan hanya menjadi kemajuan yang kosong tanpa jatidiri jika tidak dibangkitkan bersama kefahaman anak watan terhadap sejarah perjuangan nenek moyang mereka mempertahankan tanah air dengan darah dan nyawa.

Kedah yang maju kelak akan mudah dibeli dan dikuasai orang lain jika kemajuan itu tidak diperkuat dengan jatidiri anak bangsa kita.

Tidak menolak keperluan menggunakan teknologi perfileman sebagai medium untuk membuka mata ummah terhadap sejarah, kisah perang musuh bisik ini jika digarap dengan baik dalam bentuk filem trilogy seperti the Lord of The Ring, dengan penceritaan yang menurut timeline dan perjalanan sejarah yang betul – ia pasti akan menjadi Kedah 2035 kelak suatu perubahan besar kepada negeri dan rakyat Kedah – sesuai dengan slogan The Greater Kedah.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Sejarah