Semasa aku nak siapkan buku aku dulu, selain Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Mustafa Ali adalah antara individu terpenting yang aku temubual.
Selain daripada soalan yang aku nak tulis dalam buku, ada beberapa soalan yang di luar topik, aku tanyakan.
Dah ada peluang, tanya jerlah.
Aku tanya kenapa dia tidak bersetuju dengan rancangan menukar kerajaan 16 September tajaan Anwar tahun 2008 dulu, sehinggakan menimbulkan salah faham dan ramai orang marahkan beliau dalam muktamar, termasuklah almarhum TGNA.
Almarhum sebenarnya termakan hasutan Anwaris yang duduk dekat dengan beliau.
Setiap kali ada isu berbangkit, dibuat perjumpaan dengan Presiden atau pembesar PAS yang lain, maka selesailah masalah itu.
Maksudnya, jika tiada penghasut, semua isu boleh di bincang dan diambil keputusan bersama.
Sehinggalah almarhum dipisahkan dengan beberapa orang yang suka membuat onar, almarhum banyak bersetuju dengan pimpinan PAS.
Jawapan ringkas daripada Dato’ Mustafa kepada soalan aku, amat padu sebagai seorang master mind dalam politik PAS…
16hb September ialah hari cuti umum di Malaysia.
Nak tukar kerajaan macamana?
Kemudian sejumlah Ahli Parlimen BN yang dikatakan menyokong pembangkang, tidak pernah Anwar berikan senarai nama walaupun sudah diminta beberapa kali.
Dan akhirnya betul seperti apa yang Dato’ Mustafa katakan, semua rancangan itu hanya auta sahaja.
Main dengan otai, masaklah, nak tipu bukan senang.
Mohd Nasir Abdullah