The Land Owner And The Oppressor

The Land Owner And The Oppressor

Filem-filem yang generasi kita dan anak-anak kita pernah tengok samada dalam pawagam atau Netflix, berlambak filem-filem berunsur peperangan dan keganasan, bersenjata, membunuh dan sebagainya… kita tak kalut apa pun.

Bilamana pakai serban ala Hamas dan bersenjata mainan, pakat riuh kata itu ganas dan mengajar keganasan.

Siap poyo buat-buat tanya “apa yang kita nak ajar kepada anak-anak kita sebenarnya?”

Tengok cerita Mat Kilau, Malbat Misi Bakara, Lord of The Ring, Black Hawk Down, The Last Samurai dan banyak lagi filem berunsur perang… sekor non-Muslim dan Muslim-Non pun tak kata apa pasal mengajar keganasan.

Apalah sangat memakai serban dan senjata mainan berbanding propaganda perang melalui filem yang lebih menyerap masuk ke dalam minda subconcious anak-anak.

Kita boleh faham ada dua pihak yang bertembung di sini.

Satu pihak asing yang menindas (Oppressor), dan satu pihak tuan tanah yang ditindas (Land Owner).

Secara umumnya, pihak yang ada DNA Oppressor pasti akan menyokong dan bersolidariti kepada Oppressor.

Begitu juga sebaliknya, pihak Land Owner akan ada DNA sikap simpati kepada Land Owner.

Jadi tidak hairan jika kita umat Melayu/Islam yang merupakan tuan tanah ini berasa simpati dan menyokong perjuangan Palestine yang menentang Oppressor Zionis.

Bangsa kita pernah ditekan dan dijajah serta dijarah oleh British, Siam, Jepun dan beberapa kuasa Oppressor yang lain.

Kita faham sentimen itu.

Manakala puak Oppressor yang ada dalam negara kita walau apa jua warna kulitnya, mereka akan mempunyai sikap menyokong Zionism, kerana mereka sendiri adalah Oppressor, yang berusaha menyingkirkan Land Owner samada secara fizikal, mental, ekonomi dan politik sekalipun.

Tidak hairan mereka akan begitu sensitif apabila pihak Land Owner yang cuba bangkit melawan Oppressor di seluruh dunia.

Hati kecil mereka memang hati Oppressor.

Mereka akan melabel any Land Owner sebagai pengganas, extremist dan terrorist.

Cuma di antara Land Owner dan Oppressor ini ada juga spesis Land Owner yang tak sedar diri juga.

Tak perlu dihurai. Kita sedang menyaksikannya…

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Kolumnis