Rakyat Malaysia seolah tidak sependapat mengenai peperangan ini.
Ramai percaya perang ini berpunca dari perbezaan antara rakyat Palestin dan orang Yahudi.
Ia mungkin punca perang bermula.
Tetapi sekarang ia sudah seperti pencabulan hak asasi rakyat Gaza.
Seperti manusia lain yang punyai hak, rakyat Gaza juga berhak menikmati hak kemanusiaan.
Tetapi hak mereka dirampas orang Israel.
Kita tidak mungkin lupa sekitar 1930an, Yahudi di Jerman dirampas hak kemanusiaannya.
Tragedi holocaust menyebabkan 6 juta orang Yahudi dibunuh.
Lebih ramai lagi sengsara diseksa dan ditindas.
Dunia bersimpati terhadap Yahudi di Jerman.
Dan sebahagian dari bantahan terhadap Nazi adalah sifat kebinatangan Nazi Jerman.
Jutaan manusia mati untuk mengakhiri kesengsaraan orang Yahudi.
Sekarang kita menyaksikan orang Yahudi Israel pula melakukan rampasan hak ke atas rakyat Palestin.
Ini tragedi kemanusiaan. Perlakuan orang Israel ke atas rakyat Palestin adalah sama seperti yang dilaku Nazi terhadap orang Yahudi.
Ia jelas tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.
Semua rakyat Malaysia perlu tolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilaku orang Israel terhadap rakyat Palestin.
Adalah salah apabila hanya umat Islam sahaja yang menuntut pengakhiran pembunuhan besar-besaran yang dilaku Israel.
Seluruh rakyat Malaysia perlu merasa terganggu dan desak serangan Israel ke atas rakyat Palestin dihentikan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD