Kata Merdeka Center, kajian ke atas 1220 responden, rasa tidak puashati rakyat terhadap pemerintahan Anwar sudah meningkat sebanyak 24 peratus kepada 43 peratus berbanding dengan 19 peratus ketika mula-mula beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri.
Dalam hanya tiga bulan pemerintahan Anwar, kemarahan rakyat naik mendadak dari 19 peratus kepada 34 peratus (15 peratus).
Kenaikan dalam masa tiga bulan ini berada di tempat pertama berbanding dua lagi PM lain iaitu Tun (13 peratus), TS Muhyiddin (dua peratus) dan DS Ismail Sabri juga mempunyai kenaikan yang sama (15 peratus).
Namun daripada keseluruhan perbandingan setahun, Anwar menduduki tangga kedua dalam senarai tidak puashati rakyat.
Tun mendahului dengan 28 peratus kenaikan rasa tidak puashati rakyat terhadap cara menerajui negara.
TS Muhyiddin mendahului bagi kedua-dua tempoh perbandingan dengan 19 peratus.
Jadi Anwar bukanlah seorang pemimpin negara yang kita katakan berkarismatik sebagaimana beliau diwatakkan bak putera raja penyelamat dalam ceretera dongeng ‘Sleeping Beauty’.
Beliau hanya tahu berkokok tanpa membilas tahi yang menyeliputi ekornya.
Bagaimana penyokong beliau mahu menafikan angka-angka ini, sedang kajian dijalankan oleh MC yang diketahui pro-Anwar?
Sementara itu, nun di timur semenanjung, ada juga tokoh yang selesai dinilai akan khidmat baktinya kepada negeri.
Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) PAS bersetuju memilih Dr Sam sebagai calon yang baru dan berpendidikan tinggi.
70 peratus gembira dengan prestasi beliau sebagai MB di Terengganu.
Kedua-dua Zahid dan Ahmad Said dipersetujui rakyat bahawa merekalah penyebab kekalahan Umno di Terengganu dengan peratusan masing-masing 53 dan 27.
Dan 63 peratus rakyat yang ditemui berpendapat BN akan kalah lebih teruk pada PRK Kemaman nanti berbanding PRU15.
Tambah memeritkan PH-BN, 62 peratus yang ditemui tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar sebagai PM.
Walaupun sudah setahun PH-BN memerintah, 61 peratus tidak merasakan hidup mereka bertambah baik berbanding sebelum PRU15.
Kajian ini dijalankan ke atas seramai 1356 orang pengundi berdaftar di Parlimen Kemaman berdasarkan kepelbagaian etnik dan umur.
Dari segi jumlah sampel, ia lebih besar berbanding dengan kajian Merdeka Center berkadar dengan keluasan kawasan kajian.
Walaupun tidak dinafikan secara perbandingan keluasan kawasan kajian tidak mempunyai persamaan yang seimbang, tetapi bagi beberapa soalan khusus, ia memberikan jawapan yang hampir sama dan signifikan seperti kepuasan prestasi PMX dan MB.
PMX bagi seluruh Malaysia, MB bagi Kemaman yang didakwa kubu kuat Umno.
Manakala TSIS pula telah membuktikan keberkesanan kajian mereka pada PRU15 lalu dengan ketepatan kajian mereka.
Mohd Nasir Abdullah