Ketua Pemuda Umno Malaysia

Ketua Pemuda Umno Malaysia

Pemuda Umno pasca era Datuk Harun Idris, gagal melahirkan Ketua Pemuda yang pemberani.

Antara yang diingati, beliau memberikan tentangan kepada cadangan untuk membina pusat perjudian di Genting Highland.

Skuad Pemuda Gagah Berani juga hasil idea beliau untuk menggerakkan jentera Pemuda Umno bagi membantu Umno menang pilihanraya.

Pengganti beliau, Tan Sri Syed Jaafar Albar mungkin yang paling hampir hebat menerajui Pemuda Umno dengan alasan yang kita sedia maklum kerana Harun Idris baharu membentuk pasukan Pemuda Umno, jadi Syed Jaafar mendapat manafaatnya.

Suhaimi Kamaruddin tidak sekuat bapa saudaranya Harun dan akhirnya tersungkur di kaki Anwar Ibrahim.

Zaman Anwar juga masih gagal menyaingi Harun.

Kemudiannya KP Umno semakin melemah dengan Najib yang pernah mencuba berkelahi dengan Lee Kim Sai, Menteri Buruh yang juga bos MCA dengan isu perkauman, tetapi yang ditangkap ialah pimpinan pembangkang.

Naik pula Rahim Thamby Chik yang ada skandal dengan gadis.

Diganti oleh Zahid Hamidi, anak murid kepada cikgunya Anwar, yang kemudiannya cuba mencabar Tun dengan membongkar isu kronisme dan nepotisme dalam PAU.

Akhirnya kena ISA sewaktu kes Anwar, dua minggu kemudian dia dibebaskan dan terus senyap.

Hishamuddin dipilih untuk mengganti Zahid, tapi apabila ada satu debat di UKM menjemput beliau hadir sebagai panel, beliau tidak hadir, hanya menghantar Zain Isma sahaja sebagai ganti.

KJ dipilih setelah perlawanan sengit dengan Mukhriz dan Khir Toyo, dilihat berkarisma untuk terus naik.

Kemudian Asyraf Wajdi naik, mungkin antara yang paling lemah dari semua KP, kalah tiga kali PRU, sekarang sudah jadi SUA, cuba menjadi hero dengan berkelahi dengan tokey kantin MRSM dan Che Ta.

Dia menang sebab dua-dua tu memang salah.

Bukan senang nak menang dengan perempuan.

KP semasa ialah Akmal…..malas aku nak komen, nantikan orang kata aku nak menang dengan kaum yang lemah.

Ikut dialah, dah DAP larang, dia kena ikutlah, kan?

Ya lah, telur mahal sekarang ni kalau nak beli.

Cuma nak bagitahu kenapa orang seperti DAP sangat marah kepada PAS untuk berhimpun?

Kerana PAS sahaja yang DAP tidak boleh makan.

Parti lain tak susah dia nak kawal.

Dan sekali ahli PAS turun, memang ribuanlah yang hadir walaupun notis singkat.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis