Setelah disabitkan kesalahan dan dihukum 12 tahun penjara berjalan serentak dan RM210 juta denda, Najib mengemukakan permohonan pengampunan.
Hasil dari mesyuarat Lembaga Pengampunan, Najib dapat lega hukum.
Penjara 12 tahun jadi 6 tahun, denda RM210 juta jadi RM50 juta.
Najib dan peguamnya mendapat tahu bahawa ada titah addendum iaitu tambahan dari lega hukum diatas, Najib dapat juga pengampunan untuk penjara 6 tahun itu dijalankan di rumah.
Peguam Najib menulis surat kepada pihak2 terlibat bertanya betulkah ada titah tambahan itu tetapi tidak mendapat respond atau jawapan.
Najib failkan Judicial Review/Semakan Kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus.
Kalau betul ada Titah Addendum itu minta kerajaan serahkan kepadanya dan jalankan perintah tahanan rumah itu.
Untuk teruskan Judicial Review, mesti dapat leave (kebenaran) dari Mahkamah dahulu yang melepasi threshold (ambang) yang ditetapkan.
Paling tidaknya Judicial Review yg hendak dibawa mempunyai merit dan/atau bukti yang cukup kuat.
Judicial Review itu mesti disokong oleh afidavit pemohon (Najib sendiri) dan lain2 saksi jika ada.
Zahid Hamidi & Wan Rosdy juga mengfailkan afidavit sokongan.
Tengku Zahrul juga memohon utk mengfailkan afidavit tetapi tujuannya ialah untuk membetulkan beberapa perkara dalam afidavit Zahid tetapi mahkamah tidak membenarkan.
Alasannya itu bukan bertujuan untuk menyokong permohonan tetapi membetulkan kandungan afidavit sahaja.
Di Mahkamah Tinggi dalam permohonan mendapatkan leave itu, Mahkamah memutuskan yang afidavit Zahid & Wan Rosdy tiada bukti yang kukuh tentang addendum itu.
Kalau ada pun ianya hearsay sahaja dan hearsay bukanlah bukti yang boleh diterima.
Mahkamah Tinggi menolak permohonon untuk leave/kebenaran meneruskan judicial review itu.
Atas keputusan menolak leave itu, Najib merayu ke Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan penolakan leave itu.
Sebelum tarikh pendengaran rayuan itu, anak Najib failkan afidavit dan exhibitkan apa yang didakwa sebagai Tambahan (Addendum) yang diterimanya daripada Istana Pahang. .
Pada tarikh pendengaran Rayuan, pihak 7 Respondents yang semuanya diwakili oleh Kamar Peguam Negara, memohon untuk membuat pengesahan kepada kandungan afidavit anak Najib itu dan jika perlu, mengfailkan Afidavit Jawapan.
Mahkamah Rayuan membenarkan dan menetapkan pendengaran seterusnya pada 6.1.2025.
Maka pada 6.1.2025 ini, Mahkamah Rayuan akan menentukan samada leave untuk mengfailkan Judicial Review boleh diberi atau tidak.
Kalau boleh bermakna Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Najib boleh meneruskan Judicial Review.
Kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, jika Najib masih mahu, bolehlah mengfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula.
Sementara itu, AGC telah mengeluarkan kenyataan bahawa AG telah dititahkan oleh YDP Agong untuk memaklumkan semua permohonan pengampunan mesti melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDP Agong termasuklah untuk memberikan pengampunan seperti tahanan di rumah.
Istana Negara juga mengeluarkan kenyataan yang sama kemudiannya.
Jadinya pada 6.1.2025 ini, atas chronology dan senario di atas, Mahkamah Rayuan akan menentukan samada Judicial Review boleh dapat leave atau tidak.
Ulasan seterusnya hanya boleh dibuat selepas 6.1.2025.
Kalau dibuat sekarang akan jadi sub judice.
Shamsuddin Nawawi