Orang lain, mungkin melihat isu berapa sebenarnya jumlah kehadiran peserta perhimpunan, ratus ribu, puluhan ribu atau belasan ribu berapa orang yang hadir, dari mana.
Yang pasti tiada pihak yang berautoriti mendakwa jumlahnya dibawah 10K sebagaimana dakwaan walanon yang bodoh tidak tahu mengira kerana mengambil gambar sebelum jam 1 petang dan mendakwa tiada sambutan.
Tapi betullahkan, kalau walanon tak bodoh, takkanlah selalu kena tipu.
Ada juga yang berminat membalas kenyataan kurang cerdik oleh Nga yang mendakwa peserta perhimpunan meninggalkan sampah sehingga 15 tan.
Tanpa Nga menunjukkan bukti yang menunjukkan DBKL sedang mengutip sampah-sampah di jalanan selepas kejadian.
Sebaliknya yang kita dapat, hanyalah foto ahli Jabatan Amal PAS yang sedang mengutip sampah dan mengumpulkannya dalam tong sampah yang disediakan.
Ada tiga elemen yang sangat penting apabila PAS menjadi penganjur utama perhimpunan mega sebegini yang diketahui umum.
Yang pertama kehadiran pasti puluhan ribu jika tidak sampai kepada ratusan ribu bila dikerahkan hadir dengan perbelanjaan sendiri walau dengan notis yang singkat.
Keduanya, disiplin yang tinggi, tiada provokasi kerana mematuhi peraturan dari kerajaan dan juga parti yang tidak akan ada pada kumpulan lain.
Sering kali Jabatan Amal PAS mendapat pujian dari pihak keselamatan dan diberikan kepercayaan menjaga ahlinya sendiri.
Ketiga solat, doa dan zikir. Inilah adalah kewajipan ketika perhimpunan supaya perhimpunan sebegini, perserta mendapat pahala.
Bukan makian, carutan. Jika ianya ada, pasti datang dari orang yang menumpang seperti Ibrahim Ali.
Namun aku tertarik dengan kenyataan pimpinan Umno ini.
Mereka mengugut untuk mengambil tindakan terhadap ahli yang hadir ke perhimpunan semalam sedangkan perhimpunan ini mendapat kebenaran kerajaan, malah PMX sendiri mengalu-alukan kehadiran dan mendoakan keselamatan perjalanan pulang peserta.
Jadi aku faham maksud pimpinan Umno ini adalah sebagai satu sindiran kepada PH, nak maklumkan ada dari kalangan ahli mereka yang bersetuju supaya PMX diturunkan dan bergabung semula dengan PAS yang nyata jauh lebih baik berbanding PKR, DAP dan juga Pan itu.
Tak percaya? Lihat semula berita berkenaan lebih 160 Ketua Bahagian Umno seluruh Malaysia yang berkumpul dan berbincang mendesak isu adendum DS Najib diselesaikan segera.
Sehinggakan PMX meminta untuk berjumpa dengan mereka semua. Tahu takut.
Mohd Nasir Abdullah