Tentera Pengganas Israel sekali lagi menyerang flotilla bantuan kemanusiaan yang sedang berlayar menuju ke Gaza dalam usaha untuk memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah itu, menurut laporan media antarabangsa.
Laporan tersebut menyebut bahawa tentera pengganas Israel telah memintas kapal-kapal flotilla tersebut kira-kira 140 batu dari pantai Gaza, dan hubungan komunikasi dengan kapal-kapal itu telah terputus.
Konvoi sembilan buah kapal yang berafiliasi dengan Freedom Flotilla Coalition (FFC) telah mengeluarkan isyarat kecemasan (distress call) selepas menggambarkan kejadian itu sebagai serangan pengganas Israel di perairan antarabangsa, dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai jenayah perang.
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Israel mengesahkan bahawa mereka telah menghentikan satu lagi flotilla yang menuju ke Gaza, dengan kenyataan:
“Kapal-kapal serta aktivis di atasnya sedang dibawa ke sebuah pelabuhan Israel.”
Kementerian itu menambah bahawa semua penumpang berada dalam keadaan selamat dan dijangka akan diusir segera.
Perjalanan kali ini berlaku hanya seminggu selepas serangan tentera pengganas Israel ke atas lebih daripada 40 bot yang merupakan sebahagian daripada Global Sumud Flotilla yang juga menuju ke Gaza.
Menurut pentadbiran Global Sumud Flotilla, enam anggotanya masih ditahan oleh Israel selepas apa yang mereka sebut sebagai penculikan haram di perairan antarabangsa.
Agensi berita Reuters memetik aktivis Sweden, Greta Thunberg, yang mendakwa bahawa beliau dan tahanan lain diseksa di dalam penjara Israel, sambil menambah:
“Saya tidak diberi air bersih, dan tahanan lain dinafikan ubat-ubatan penting.”
Insiden ini menambahkan lagi tekanan antarabangsa terhadap Israel, yang sejak 18 tahun lalu terus mengenakan sekatan kejam ke atas Gaza, menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan walaupun krisis kemanusiaan semakin meruncing akibat peperangan yang berlarutan.

