Industri sebesar mana pun Kedah ada, KDNK Kedah tetap rendah kerana segala produk industri Kedah dihantar ke pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan pelabuhan Johor.
Profit ekspot produk industri Kedah dijumlahkan dalam KDNK Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Sampai bila-bila pun Kedah akan tercorot dari sudut KDNK.
Bahkan lebih 40% KDNK Pulau Pinang itu datang dari Kedah.
Sebab itu MB Kedah mahu Kedah ada pelabuhan sendiri, termasuklah projek lapangan terbang kargo di Kedah Aerotropolis.
Negara-negara yang tip-top dalam bidang pertanian dan penghasilan makanan seperti Belanda menggunakan profit besar daripada industri untuk menyokong sektor pertanian.
Para petani, penternak dan peladang dibantu dengan pelbagai skim dan insentif besar untuk memajukan sektor pertanian – menjadi pengeluar makanan dunia.
Skim dan insentif besar kepada petani, penternak dan peladang itu datang daripada keuntungan sektor industri.
Maka Kedah yang hari ini pesat dengan pembangunan sektor industri di beberapa lokasi seperti Bukit Kayu Hitam, Padang Terap, Sidam, Kulim, Sungai Petani etc – pasti akan memberikan profiy besar kepada negeri sekiranya semua produk industri Kedah dieksport sendiri di pelabuhan-pelabuhan dalam negeri yang akan dibina – terutama KXP.
Apabila KDNK Kedah dipacu sendiri oleh Kedah, pastilah kerajaan negeri dapat rotate profit industri kepada sektor pertanian.
Tak perlu nak paw Tan Sri-Tan Sri, tak perlu nak paw tauke-tauke.
Sampai bila nak buat kerja mengepaw orang?
PMX perlu lebih terbuka minda.
Jangan minda setaraf walanon yang tidak cerdik dan penuh hasad hanya kerana sentimen politik.
Malahan sesiapa yang mentadbir Kedah pun, projek untuk Kedah memiliki pelabuhan kargo sendiri adalah satu kemestian.
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
